NasionalNegeri

MACMA Perlis teruskan tradisi sambut Tahun Baru Cina

Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Cawangan Perlis meneruskan tradisi tahunannya dengan menganjurkan sambutan Tahun Baru Cina.

Sekalipun masing-masing telah memeluk Islam tetapi apa yang menggembirakan apabila masing-masing dapat terus mengamalkan adat ini.

Kali ini Majlis Jalinan Ukhwah Cina Muslim Cawangan Perlis bersempena dengan Tahun Baru Cina 2023 diadakan di Taman Seri Bintong Maju, Jalan Wang Ulu, Bintong, Kangar.

Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli dan juga Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Rushdan Ramli.

Mohd Shukri bersama dengan jawatankuasa persatuan MACMA dan juga Hidayah Centre Foundation (HCF) Perlis melakukan “yee sang”.

Ketika ditemui media, Mohd Shukri melahirkan rasa gembira kerana penerimaan yang baik masyarakat Cina terhadap kerajaan baharu dibawah pimpinannya.

“Setakat ini telah lima jemputan majlis jamuan Gong Xi Fa Chai yang saya hadiri,” katanya yang juga menyampaikan hamper kepada Pengerusi MACMA Perlis, Balkis Abdullah.

Sementara itu Balkis berkata, menerusi majlis ini bukan saja untuk menguatkan ukhwah sesama mualaf malah juga dengan penduduk setempat.

“Sekalipun berlainan agama tetapi dengan perayaan ini mampu mengumpulkan semua dalam satu majlis seperti ini,” katanya.

Katanya, MACMA Perlis kini mempunyai keahlian kira-kira 100 orang. – SM

(Visited 256 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button