Rencah Hidup

Perkongsian sinis FB DBP cuit hati netizen

SELAIN dari Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pertahanan (MinDef) satu lagi media sosial milik agensi awam, Dewan Bahasa dan Pustaka menjadi perhatian masyarakat.

Facebook KKM dan MidDef ditunggu-tunggu rakyat kerana mereka mahu mengikuti perkembangan semasa isu Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Sementara Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pula menjadi perhatian kerana perkongsian perkataan baharu, peribahasa, pantun dan terjemahan pula dilihat menepati isu semasa.

Terbaharu pantun berbunyi, ‘Hujung batu jauh di kota, Ke Bohor Temak membeli kopi; Benda tak tentu jangan dikata, Benda tak gamak selalu jadi’.

Pantun tersebut dilihat oleh netizen seolah-olah menyindir golongan politik yang ketika ini melakukan langkah masing-masing untuk memastikan kuasa di tangan mereka.

Ada pula pengikut FB DBP yang menjawab pantun berkenaan.

“Malam indah mari raikan, Cerah siang panas menyengat; Kita merancang Tuhan menentukan, Benda belum jadi jangan konfiden sangat,” balas Dea Yana.

“Buta hati buta mata, Nasib rakyat tak tentu hala; Walau yakin tahap dewata, Kuasa Allah penentu segala,” jawab Didie Diana.

Terdapat juga yang panas dengan pantun tersebut.

“Buah longan jatuh ditepi, Buah kana rimbun tinggi; DBP jangan Bermain api, Kelak merana sendiri rugi,” tulis Ayang Arni.

Sebelum itu, FB DBP juga berkongsi pantun berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang dikuatkuasakan di Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur dan Sabah.

“Tudung saji hanyut terapung, Hanyut sampai Pulau Jerejak; Hajat hati nak pulang ke kampung, Badan terkurung tempat dipijak.”

Semalam iaitu ketika seorang ahli politik mengadap Yang di-Pertua Agong untuk mempersembahkan jumlah sokongan yang diperolehi, pentadbir FB DBP berkongsi terjemahaan perkataan liqudation iaitu pembubaran.

Yang paling mencuit hati netizen adalah perkongsian peribahasa sekolah rendah ‘Ombaknya kedengaran, pasirnya tidak kelihatan’.

Peribahasa itu bermaksud khabar telah didengar namun buktinya belum ada.

Ada netizen yang menjawab,”Dengar cerita di PD ombak kat sana kedengaran, Pasirnya tak kelihatan. Hebat Ahli Parlimen sana cipta teknologi di PD.”

“Kalau pasir ada nanti… Siap la kau admin,” gurau Mohamad Iqbal Zubir.-SM

(Visited 759 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More
Back to top button