Rencah Hidup

Ebit Lew bantu lelaki enam bulan tinggal dalam kolong

“Sedih sayu sangat rasa jumpa uncle Loh Ah Cheng di Taman Selayang Jaya. Lebih 6 bulan duduk disini. Kemalangan hilang kerja. Lutut tak boleh berjalan.Tak dapat bayar sewa bilik,” luah Ustaz Ebit Lew.
Menurut Ebit ketika dia sampai, lelaki berkenaan sebak sebab ustaz sanggup membantu orang yang tidak dikenali.
“Saya kata jom kita beli baju dan barangan. Dia menolak dengan baik. Saya kata ini hari bagi saya peluang buat baik. Uncle setuju. Bila beli baju dan seluar uncle sebak lagi.
“Kenapa you ustaz baik dengan saya. Saya betul-betul malu. Apa saya nak buat. Saya takkan boleh balas jasa ustaz. Semua boss dan staf Parkson Selayang Mall tadi bantu layan uncle. Kaki uncle dah sakit tak boleh jalan. Mereka bagi kerusi roda pinjam,” katanya.
Selepas itu beliau belikan tongkat baru supaya lelaki berkenaan boleh berjalan dan bawa lelaki tersebut gunting rambut.
“Saya bawa gunting rambut. Terus hensem. Saya pun gunting sekali. Tukang gunting pun tak nak ambil duit,” ceritanya.
Ebit turut membayar sewa RM700 rumah untuk didiami oleh lelaki berkenaan. Rumah berkenaan mempunyai dua bilik.
“Belikan katil dan tilam. Serta barang dapur semua. Saya ada tugaskan untuk kebersihan dan makanan uncle juga.
“Sampai rumah uncle dah tak tahan sedih. Saya tak tahu tuhan dengar doa saya. Terima kasih ustaz ye. Terima kasih.
“Saya syukur rezeki saya dapat buat baik pada uncle. Saya cuma nak tuhan sayang saya. Saya doa Allah bagi ayah saya dikampung keajaiban untuk sihat,” kata Ebit.
(Visited 420 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button