Nasional

Mungkin Tuan Ibrahim perlu ganti singkatan MEWA

Mungkin Menteri Alam Sekitar dan Air perlu menukarkan kepada singkatan yang lebih elok daripada menggunakan MEWA bermaksud bodoh bagi kementerian berkenaan.

Walaupun Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berniat baik untuk melakukan penjenamaan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Jemaah Menteri.

Bagaimanapun apabila diperiksa dengan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka; Mewa bermaksud bodoh.

Jika beliau tidak menukarnya, ia akan menjadi bahan ketawa bukan sahaja di negara ini, bahkan akan menjadi bahan jenaka seluruh dunia.

Dinasihatkan Tuan Ibrahim supaya lebih berhati-hati dalam membuat keputusan selepas ini agar jenaka bodoh seperti kerajaan sebelum ini tidak berlaku.

Kita tidak mahu cacar-merba berulang di arena politik negara kita, apatah lagi ketika berdepan dengan krisis menangani wabak maut COVID-19 yang meragut 50 nyawa setakat ini di negara ini.

Sikap sedemikian bukan sahaja akan menjatuhkan kredibiliti kerajaan, bahkan parti yang beliau wakili.

Tuan Ibrahim sebelum ini dalam satu kenyataan media memaklumkan, penjenamaan itu selaras dengan keputusan kerajaan memberi tanggungjawab pengurusan air negara kepada MEWA disamping berperanan dalam pelestarian alam sekitar.

Katanya, kementerian terbabit akan mengitegrasikan sektor alam sekitar dan air.

Beliau berkata, MEWA juga bertanggungjawab terhadap isu perubahan iklim, biokeselamatan dan memacu pertumbuhan ekonomi hijau.

“MEWA akan turut memberi tumpuan kepada pendidikan dan kesedaran awam serta pembudayaan tentang kepentingan alam sekitar dan air,” katanya.

Seperkara yang menteri perlu faham beliau bertanggungjawab kepada kementerian yang sangat sensitif kerana ia berkaitan alam sekitar dan sangat diberi perhatian oleh penduduk negara ini, bahkan dunia.

Kesilapan kecil akan menjadi besar dan boleh menjejaskan imej negara di mata dunia.

Baca juga berita asal:

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/04/561691/mewa-nama-baru-kementerian-alam-sekitar

(Visited 469 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button