HiburanLuar Negara

Bekas Bos Formula 1 bakal dapat anak keempat pada usia 89

BEKAS bos Formula 1, Bernie Ecclestone bersedia untuk menyambut anaknya yang keempat pada usia 89 tahun bersama isterinya, Fabiana Flosi.

Ahli perniagaan bertaraf bilionaire itu yang sekarang ini tinggal di ladangnya dekat Sao Paolo, Brazil ketika situasi dunia berhadapan dengan wabak Covid-19, berkata, beliau kini sedang membuat persiapan untuk menyambut anak lelaki pertama pada Julai ini.

Eccletone, datuk kepada lima cucu, mengesahkan beliau dan isterinya yang berusia 44 tahun sedang menunggu kelahiran anak mereka, demikian menurut lapiran Daily Mail

Anak keempat itu bakal dilahirkan hanya beberapa bulan sebelum hari lahir ke 90 Ecclestone iaitu pada Oktober. Tiga orang anaknya sebelum ini perempuan.

Yang sulung, Deborah, berusia 65 tahun hasil perkahwinan dengan isteri pertama, Ivy Bamford diikuti oleh  Tamara, 35, dan Petra, 31, dua anak bersama isteri kedua Slavica Radic.

Bekas bos Formula 1 itu berkahwin dengan pengarah pemasaran dari Brazil, Flosi pada 2012 – tiga tahun selepas bercerai dengan Radic yang merupakan model dari Croatia.

Ecclestone dan Flosi bertemu di Majlis Sukan Bermotor Dunia di mana Flosi selalu hadir untuk mesyuarat.

Mereka kenal antara satu sama lain secara profesional untuk beberapa tahun sebelum rakan mereka menjemput Flosi dan Eccleston belayar bersama atas kapal layar mewah sekitar Croatia pada 2009.

“Seperti ibu bapa lain, kami hanya berharap satu saja, anak ini dilahirkan sihat. Diharapkan dia tidak ada niat untuk melakukan sesuatu yang kaitan dengan Formula 1,” kata Flosi.

Eccleston menambah: “Selepas masa saya bersama Formula 1, kami ada banyak masa untuk berlatih.”

Mengenai wabak Covid-19 sekarang, beliau keadaannya dan isteri terus baik sekiranya perintah larangan berterusan.

“Nasib baik kami ada ladang yang kerjanya sentiasa ada. Fabiana juga menguruskan ladang kopinya sendirinya,” katanya.

Ecclestone – yang digelar F1 Supremo – merupakan bekas Ketua Eksekutif Formula 1 Group, yang menguruskan perlumbaan Formula 1 dan sebahagian perlumbaan Delta Topco.

Beliau dikatakan memiliki kekayaan bernilai £2.5 bilion pound hasil sepanjang kerjaya bersama Formula 1.

Beliau sendiri menyertai dua perlumbaan Grand Prix sebagai pemandu 958, tetapi gagal melayakkan diri untuk kedua-duanya.

Bekas Bos Formula 1 itu kemudian menjadi pengurus kepada pemandu Stuart Lewis-Evans dan Jochen Rindt sebelum membeli pasukan Brabham pada 1972, di mana beliau mengetuainya selama 15 tahun.

Isteri pertamanya, Ivy Bamford, dikahwininya ketika berusia 21 pada 1952, dikurniakan seorang anak perempuan, Deborah, sebelum mereka bercerai pada 1960an.

Selepas itu Ecclestone menjalin hubungan selama 17 bersama wanita keliharan Singapura Tuana Tan, sebelum beliau bertemu model dari Croatia Slavica Radic pada September 1982 , di perlumbaan di Monza, Itali.

Pasangan itu yang mempunya perbezaan umur 28 tahun berkahwin pada 1985 mempunyai dua anak perempuan Tamara dan Petra – kedua-duanya mempunya kerjaya dalam bidang fesyen.

Ecclestone dan Radic bercerai pada 2009, tiga tahun selepas itu beliau berkahwin dengan isteri sekarang yang 45 tahun lebih muda daripadanya.

(Visited 219 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button