Luar Negara

Mangsa Covid-19 melepasi sejuta, kematian di AS terus meningkat

MANGSA yang disahkan positif akibat wabak Covid-19 di seluruh dunia sudah melepasi satu juta orang, dengan situasi di Amerika Syarikat (AS)  terus kritikal dan kadar kematian di Itali dan Sepanyol terus meningkat.

Menurut daripada Universiti John Hopkins seperti yang disiarkan oleh Daily Mail , virus maut itu sudah membunuh lebih 5i,000 orang di seluruh dunia, dengan mangsa yang meninggal dunia tertinggi di Itali, diikuti Sepanyol dan AS.

Angka 100,000 mangsa pertama dilaporkan sekitar 55 hari lalu, 500,000 pertama dalam tempoh 76 hari lalu dan ia berganda kepada satu juta hanya dalam tempoh lapan hari lepas.

Jumlah kes yang dilaporkan pada Khamis meningkat 10 peratus daripada sehari sebelumnya, kali pertama kadar peratusan peningkatan itu mencatatkan dua angka sejak virus itu mula merebak ke luar China.

Terdapat 117 negara dilaporkan mempunyai lebih daripada 100 kes, 50 negara dengan mangsa positif wabak itu melebihi 1,000 orang dan tujuh negara dengan angka positif Covid-19 50,000 orang atau lebih, terutamanya di Eropah.

Kadar mangsa yang maut global kini melebihi lima peratus daripada kadar yang dilaporkan, dengan negara termasuk United Kingdom, AS dan Sepanyol mencatatkan kematian yang tinggi dalam tempoh beberapa hari ini.

Sebanyak 22 peratus dari jumlah kes global itu dilaporkan di AS, sementara Itali dan Sepanyol masing-masing melaporkan 11 peratus.

China, di mana virus itu mula muncul pada Disember, telah melaporkan lapan peratus daripada kesuluruhan jumlah kes global dengan pusat pandemik itu sudah berpindah ke Eropah dan AS.

Eropah sahaja mencatatkan lebih separuh daripada kes dunia dengan lebih daripada 70 peratus kematian yang dikaitkan dengan wabak itu.

Negara-negara di selatan Eropah yang mempunyai warga tua lebih ramai paling teruk terjejas.

Sebanyak 3.9 bilion orang atau separuh daripada penduduk dunia telah diperintahkan berada dalam rumah masing-masing bagi memerangi Covid-19.

Langkah-langkah yang diambil termasuk – pengasingan, perintah berkurung, kuarantin – yang telah dilaksanakan di lebih 90 negara.

Apabila Thailand mengarahkan perintah berkurung berkutakuasa Jumaat, telah menjadi angka yang terbabit dalam perintah berkurung  melepasi separuh daripada penduduk dunia yang kini berjumlah 7.8 bilion. – SUN DAILY

(Visited 253 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button