Belang Bertempat

Perkara-perkara menarik sepanjang pemilihan MKT UMNO sesi 2023-2025

DARIPADA senarai Ahli-Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia yang menang dan berjaya, Akar Umbi amat tertarik dengan keputusan kemenangan untuk Datuk Seri Hj. Alwi Che Ahmad di tempat ke 10 dan 03 wakil wanita yang menang iaitu Shahaniza, Zahida dan Rosnah Rashid Shirlin.

  1. Manakala terdapat 2 nama yang tidak dikenali sebelum ini iaitu Mohd. Rafi Alli Hassan dari Wilayah Persekutuan dan Abdul Razak Abdul Rahman, KB Kota Melaka merangkap EXCO Kerajaan Negeri Melaka, yang turut menang jawatan MKT UMNO Malaysia.
  2. Nama-nama yang dikenali tetapi tewas termasuklah Datuk Shafie Abdullah (KB Wangsa Maju) dan Tan Sri Fatmi (KB Kota Baharu), kedua-dua mereka adalah bekas SU Politik Datuk Seri Najib Razak.
  3. Turut gagal Dato’ Soraya, SU Politik kpd. DS Azalina Othman, bekas EXCO Kerajaan Negeri Kedah.

Turut gagal memperolehi tempat didalam MKT UMNO adalah Mohamad Alamin (Timbalan Menteri) dari Sabah, Nur Jazlan (Tim. Pengerusi UMNO Johor), Khir Toyo (Bekas MB Selangor).

Johari Baharum (Bekas Timbalan Menteri KDN), Jamal Yunus (KB Sg. Besar), Zaid Ibrahim (Bekas Menteri Undang-Undang), Zahid Khalid (Speaker DUN Perak) dan Rafi Awang Kecik (Moderator Program Politik UMNO).

  1. Nama-nama besar yang dijangka menang, tidak mengecewakan adalah seperti Shamsul Annuar Nasarah, Zambry Kadir, Tengku Zafrul, Ahmad Maslan, Azeez Rahim, Ahmad Jazlan, Bung Moktar, Azian Osman, Rahman Dahlan dan Ahmad Said (Bekas MB Terengganu).

KEPUTUSAN-KEPUTUSAN YANG MENGEJUTKAN.

DI NEGERI JOHOR :

  1. Antara keputusan-keputusan yang mengejutkan ialah Puad Zarkashi tewas jawatan Ketua Bahagian di Batu Pahat, Johor.

Razali Ibrahim tewas jawatan KB di Muar.

Jeffrey Din tewas jawatan KB di Tg. Piai, Johor.

Lokman Adam tidak berjaya untuk mengambil alih jawatan KB di Sri Gading.

Hasni Mohamad setelah 21 tahun memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian, tewas kepada Ahmad Maslan jawatan Ketua Bahagian di Pontian, Johor.

Rahim tewaskan Hamim untuk menjawat jawatan Ketua Bahagian di Ledang, Johor.

BACA https://suaramerdeka.com.my/pemilihan-umno-ramai-kempen-visi-misi-tapi-wajib-ada-keberanian-dan-pendirian/

DI NEGERI PERLIS :

  1. Manakala di Perlis, Fatul Bari menewaskan Azlan Man (bekas MB Perlis) untuk jawatan Ketua Bahagian Kangar, Perlis.

DI NEGERI PERAK :

  1. Di Perak, ramai Ketua-Ketua UMNO Bahagian menang tanpa bertanding dan mengekalkan jawatan mereka.

Hanya 6 muka baru yang menang jawatan Ketua UMNO Bahagian iaitu Mohamad Daud Mohd. Yusoff (Larut), Mohd. Jamil Jahaya (Parit Buntar), Mohammad Sollehin (Bukit Gantang) dan Khairul Azwan (Pasir Salak).

Manakala di 2 Bahagian lain iaitu Aznel Ibrahim di Gerik dan Mohd. Zaidi Aziz di Tg. Malim berjaya memenangi jawatan KB setelah memangku jawatan tersebut berikutan kematian KB di kedua-kedua Bahagian berkenaan.

DI NEGERI SELANGOR :

  1. Agak mengejukkan apabila mendapat khabar, Datuk Nasa tewas jawatan Ketua Bahagian kepada Zainuri Zainal di Klang, Selangor.

Manakala di Selayang, KB Selayang, Shukor tewas kpd. Timbalan KB beliau, Hasnal Rezua.

Di Sg. Besar, Selangor pula, Khir Toyo gagal membuat come-back apabila tewas jawatan Ketua Bahagian kpd. Jamal Yunus (mengekalkan jawatan).

PAUTAN https://www.facebook.com/100044476781936/posts/pfbid07aosRDVpGEKkwoRnF2WqVTC3y6bM4S5uAoSzVSDvzyacTC8hubzkT7hScVBZXYpbl/?mibextid=cr9u03

DI NEGERI PAHANG :

  1. Fakhruddin Mohd. Arif menang jawatan Ketua Bahagian Pekan, Pahang mengambil alih tempat DS Najib Razak.

Nizar Najib menang jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Pekan.

BACA ARTIKEL DI PAUTAN https://suaramerdeka.com.my/lumrah-politik-di-malaysia-pelbagai-karektor-dalam-parti/

Manakala, Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd. Shahar Abdullah melakukan kejutan menewaskan penyandang jawatan Ketua Bahagian, Ahmad Tajuddin Sulaiman di Paya Besar, Pahang.

DI NEGERI KEDAH :

  1. Di Kedah, Shaiful Hazizy Zainol Abidin menang tipis jawatan Ketua Bahagian Merbok, Kedah dengan majoriti 11 undi.

Manakala di Sik, Kedah, penyandang jawatan KB, Mohd. Tajuddin Abdullah tewas kepada Muhamad Khizri Abu Kassim.

Bekas MB Kedah, Ahmad Bashah Md. Hanipah membuat kejutan menang semula jawatan Ketua Bahagian Alor Setar menewaskan Zambri Mat (bekas TKB).

Di Langkawi, anak DS Najib Razak, Mohd. Nazifuddin menang tipis dengan majoriti 12 undi untuk jawatan Ketua Bahagian Langkawi menewaskan Nor Saidi Nanyan.

Di Kubang Pasu, Kedah, Bekas KB Kubang Pasu, Johari Baharum gagal membuat come-back apabila tewas kepada penyandang KB, Aminuddin Omar.

BACA https://suaramerdeka.com.my/umno-kelantan-bimbang-campur-tangan-pemilihan-umno-ahmad-jazlan/

DI NEGERI TERENGGANU :

  1. Bekas MB Terengganu, Ahmad Razif Abd. Rahman kembali sebagai Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Terengganu apabila menewaskan Dr. Apil Yusoff (penyandang).
  2. Ini adalah diantara keputusan-keputusan yang mengejutkan dan menarik minat Ahli-Ahli UMNO dan Rakyat di sepanjang pemilihan UMNO Malaysia pada 18 Mac yang lalu.

Saya masih lagi menunggu berita-berita menarik serta terkini dari Negeri Sabah.

BACA https://suaramerdeka.com.my/119060-2/

BACA https://suaramerdeka.com.my/umno-kekal-milik-zahid-sebagai-presiden-tidak-goyang-dengan-pemilihan-parti/

BACA https://suaramerdeka.com.my/kj-desak-adakan-pemilihan-umno-segera/

– SM

(Visited 666 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button