Politik

Pemilihan UMNO: Ramai kempen visi misi, tapi wajib ada keberanian dan pendirian

MANTAN Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin menyifatkan bahawa calon-calon yang berkempen Visi, Misi dan Gagasan dalam mengembalikan keyakinan rakyat kepada parti UMNO, wajar mempunyai keberanian bersuara, pendirian dalam membuat keputusan dan perlulah satu hati dalam mengubah dan membuat rejuvenasi parti.

UMNO kini sudah menjadi parti pilihan ketiga orang Melayu. Kita tidak boleh lagi retorik dan bermain jalan selamat serta ‘berlakon’ demi rakyat.

Tapi perubahan sebenar adalah pemilihan kali ini kerana ianya ibu segala perubahan. Jangan menang sorak, kampung tergadai, bagai menang undi tapi parti tetap lemah di takuk lama dan rakyat tetap tidak menyokong.

Untuk menang PRU 16, kita perlukan undi akar umbi, tetapi undi utama adalah rakyat dan golongan atas pagar. Mereka semua banyak memberi pendapat bahawa UMNO perlu berubah dari atas sampai ke bawah.

Walaupun tidak mampu mengubah semua, sekurang-kurangnya dasar dan kepimpinan parti wajarlah diperbaiki secara holistik dan juga gerakan yang pelbagai.

Saya banyak bersuara bukan saya orang siapa-siapa. Saya orang parti dan sayangkan parti ini. Tapi sekiranya masih juga tiada perubahan besar, rakyat juga yang akan menghukum kita semasa PRN dan PRU 16 nanti.

Jadi beringat dan bangkitlah dengan perubahan kepimpinan yang berani dan berprinsip.

Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin

Mantan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

 

Artikel berkaitan > Muqharabbin letak jawatan, kecewa dengan kepimpinan UMNO

(Visited 361 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button