Politik

KJ desak adakan pemilihan UMNO segera

PEMILIHAN pucuk kepimpinan baharu dalam UMNO boleh menyelesaikan kemelut yang berlaku dalam parti itu.

Menurut bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin Abu Bakar, pemilihan parti satu-satunya cara untuk memulihkan UMNO.

“Segerakan pemilihan parti, let’s settle this once and for all,” ciapnya di Twitter.

Dalam Instastorynya, Khairy Jamaluddin yang merupakan antara pemimpin UMNO yang dilantik sebagai menteri dalam Kerajaan Perikatan Nasional berkata, UMNO tidak seharusnya menangguhkan pemilihan sehingga selepas Pilihan Raya Umum.

Ahli Parlimen Rembau itu menegaskan, UMNO seharusnya menghadapi pilihan raya akan datang dengan mempunyai pemimpin yang mempunyai mandat yang jelas.

“Hanya satu cara untuk menyelesaikan kemelut dalaman UMNO. Segerakan pemilihan parti. Jangan tangguhkan sehingga selepas pilihan raya umum.

“Sepatutnya pemilihan diadakah tahun ini. UMNO mesti menghadapi PRU dengan kepimpinan yang mempunyai mandat yang jelas dan yang boleh mendapat sokongan rakyat,” kata Ahli Parlimen Rembau tersebut.

Tambah beliau, pemilihan UMNO adalah satu-satunya langkah tepat yang diperlu ambil oleh Majlis Tertinggi parti itu.

Menurut Khairy Jamaluddin, UMNO tidak seharusnya berterusan berada dalam keadaan kemelut dalaman seperti yang berlaku sekarang.

“Segerakan pemilihan parti. Do the right thing, Majlis Tertinggi. Yoau know we cannot continue like this,” tegas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu.-SM

 

(Visited 537 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button