Haiwan

Penyu dewasa mati kena ‘sembelih’

PENEMUAN bangkai seekor penyu jantan dewasa di Kampung Mengabang Telipot di Kuala Nerus, Terengganu dipercayai telah disembelih oleh nelayan.

Haiwan itu disembelih bukan untuk di makan tetapi untuk di bunuh mungkin kerana nelayan terbabit marah kerana kehadiran penyu kerap merosakan pukat mereka.

Bangkai reptilia itu ditemukan penduduk kampung berkenaan dalam keadaan menyayat hati, tengah hari semalam.

Berdasarkan pemeriksaan oleh Jabatan Perikanan, bahagian halkum haiwan itu terputus dengan elok seperti disembelih.

Sementara kaki belakang dan ekornya sudah hancur dipercayai dimakan biawak.


Dipercayai haiwan marin yang terancam itu dikesan kurang daripada 48 jam berdasarkan organ dalaman yang masih sempurna. – SM

(Visited 87 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button