HaiwanLuar Negara

Tentera laut Thailand selamatkan empat ekor kucing dari kapal terbakar

Anggota tentera laut Thailand telah menyelamatkan empat kucing berwarna oren yang berada di dalam sebuah kapal yang terbakar di Laut Andaman pada Selasa lalu.

Dalam kejadian itu, beberapa orang krew kapal berkenaan yang terbakar berjaya dibawa keluar dari kapal namun begitu secara tidak sengaja mereka menyedari ada lagi “ahli” yang tertinggal!

Pegawai Kelas Pertama Wichit Pukdeelon, lantas berenang semula ke kapal yang terbalik itu dan menyelamatkan empat ekor kucing berkenaan.

“Pada ketika itu saya kembali ke kapal berkenaan untuk memeriksa lokasi tumpahan minyak.

“Saya menggunakan kamera saya untuk melihat kapal berkenaan secara zoom. Kemudian, saya melihat ada satu atau dua kucing sedang duduk di atas sebatang kayu untuk selamatkan diri mereka”, katanya.

Dia berkata dia kemudian menyelamatkan kesemua si bulu itu dengan menggendong mereka di belakang bahunya.

Kesemua empat ekor kucing itu kini dijaga di pos komando tentera oleh penyelamat mereka.

Pada Selasa lalu, kapal nelayan Phamonsin Nava 10 terbakar dan karam kira-kira 13 kilometer dari pulau Koh Adang.

Memetik laporan daripada akhbar Thailand, The Nation, kesemua lapan anggota kru kapal itu bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri dengan melompat terjun ke dalam laut sebelum diselamatkan oleh sebuah kapal nelayan yang pada ketika itu sedang melintasi kawasan berkenaan.

Aksi itu mendapat reaksi positif orang ramai dengan lebih 2,500 komen di Facebook yang memuji tindakan murni anak kapal itu.

(Visited 367 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button