Nasional

Penularan Covid-19 di Mekah terkawal

SOP dilonggar

WABAK Covid-19 di Mekah dilaporkan semakin terkawal dan prosedur operasi standard (SOP) turut dilonggarkan tanpa pemakaian pelitup muka di kawasan terbuka, kata Tabung Haji (TH).

Bagaimanapun, Konsul Haji Malaysia TH di Jeddah, Muhammad Saimi Mat Som masih menyarankan agar jemaah haji Malaysia terus memakai pelitup muka bagi mengurangkan sebarang risiko jangkitan.

“SOP jemaah haji telah dilonggarkan dan mereka hanya perlu memakai pelitup muka di kawasan tertutup,” katanya selepas menyambut ketibaan 84 petugas TH di Jeddah, kelmarin.

Kerajaan Arab Saudi membenarkan satu juta jemaah haji berusia bawah 65 tahun menunaikan ibadah rukun kelima itu pada tahun ini.

Menurut Saimi, jemaah haji juga akan didedahkan dengan aplikasi TH Hujjaj bagi memudahkan penyaluran maklumat penting terutamanya mengenai penginapan, pergerakan bas, kesihatan dan panduan ibadah haji.

“TH akan cuba salurkan maklumat secara digital. Jemaah yang berumur masih boleh mendapatkan sedikit panduan daripada anak-anak untuk memuat naik aplikasi berkaitan urusan haji terutama TH Hujjaj.

“Pelbagai maklumat akan disalurkan di situ. Begitu juga dengan kenyataan semasa yang dikeluarkan oleh Arab Saudi. Insya-allah TH akan pastikan semua maklumat dapat disampaikan kepada bakal (jemaah) haji,” katanya.

Katanya lagi, setelah dua tahun ibadah haji ditangguhkan untuk jemaah dari Malaysia, pihaknya berpeluang membuat penilaian semula terutama dalam urusan dokumentasi kerana kerajaan Arab Saudi mula memperkasa penggunaan secara dalam talian.

Seramai 340 orang petugas berpengalaman TH akan bertugas sepanjang musim haji kali ini bagi menyantuni kira-kira 14,306 jemaah. – SM

 

(Visited 227 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button