Nasional

Penjawat awam digantung, politikus ada kes mahkamah jadi TPM

SPEAKER Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim melahirkan kebimbangan dwistandard sistem keadilan negara ini. Menurut beliau bila seseorang penjawat awam didakwa di mahkamah atas satu-satu kesalahan jenayah khidmatnya digantung hingga kesnya selesai.

Bagaimanapun katanya, bila seseorang ahli politik berdepan berpuluh pertuduhan di mahkamah, dia boleh pulak dilantik sebagai Anggota Pentadbiran.

Justeru beliau mempertikai di mana keadilan.

Walaupun tidak menyebut dengan nyata tetapi ia merujuk kepada pelantikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri walaupun berdepan dengan pertuduhan di mahkamah. – SM

https://twitter.com/drraisyatim/status/1600037574453514240?s=46&t=w0ourhu-z8SttRBNVHxUcA


(Visited 94 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button