MahkamahNasionalNegeri

Waran tangkap jika Ustaz Wadi tidak hadir 2 Mei ini

JABATAN Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) memutuskan tarikh 2 Mei depan supaya Ustaz Wadi Annuar hadir bagi siasatan jika tidak waran tangkap akan dikeluarkan.

Pengarahnya, Najmuddin Abdul Karim berkata, jika beliau (Ustaz Wadi Annuar) masih tidak hadir ke JAIPs pada tarikh yang ditetapkan tersebut bermakna akan berdepan dengan tindakan undang-undang termasuk pelaksanaan waran tangkap.

“JAIPs telah menerima beberapa pertanyaan dari media dan orang awam berhubung sesi siasatan terhadap Ustaz Wadi yang dijadualkan pada 7 April lalu,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Najmuddin menjelaskan penama (Ustaz Wadi Annuar) telah memohon penangguhan beberapa tarikh sesi siasatan berdasarkan alasan-alasan yang dikemukakan kepada pihak JAIPs.

Ustaz Wadi Annuar sebelum ini telah terlibat dalam program “Solat Terawih dan Sembang Santai bersama Ustaz Wadi Annuar” di Markaz Tarbiyah PAS Kawasan Kangar, Kampung Abi Padang Machang, Kangar, Perlis pada pukul 9.45 malam pada 30 Mac lalu.

Beliau tidak mempunyai tauliah yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Perlis bagi menyampaikan ceramah agama di negeri ini.

Sebelum ini dalam kenyataan media bertarikh 1 April 2023 yang dibuat atas nama Ustaz Mohamad Wadi Annuar Ayub yang ditandatanganinya turut menjelaskan pada 29 Mac lalu, beliau telah menerima surat perintah untuk hadir siasatan oleh JAIPs yang bertarikh pada 7 April 2023.

Disebabkan kekangan masa dan jadual program yang padat katanya, maka beliau sendiri yang memohon bagi mengubah tarikh hadir siasatan kepada 17 April 2023 dan telah diterima oleh pihak berkenaan. – SM

(Visited 1,011 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button