NasionalNegeri

Peniaga pasar malam di Perlis Jutawan Bonanza BSN SSP

SEPANJANG 33 tahun membeli Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (SSP) , akhirnya seorang peniaga pasar malam berjaya merealisasikan impiannya.

Muslim Chatib, 62, dari Kampung Santan, Kangar, Perlis telah diumumkan sebagai pemenang
Jutawan Bonanza BSN SSP Ke-95 sekaligus melengkapkan pencarian Jutawan BSN SSP bagi tahun 2023.

Muslim bersama dengan isteri dan salah seorang anaknya bergambar dengan replika kemenangannya di hadapan rumah mereka di Kampung Santan, Kangar, Perlis.

Beliau menerima hadiah RM1 juta dengan sebuah kereta mewah BMW X5.

Muslim tidak menjangka BSN SPP yang dibeli bertarikh 16 Ogos 1999 telah membawa tuah kepadanya sehingga bergelar jutawan dalam sekelip mata.

Beliau yang mula membeli BSN SSP sejak 1990 ini memberitahu inilah cara dia menabung bagi membiayai pendidikan tiga anaknya dan simpanan pada masa tua.

“Impian untuk mendapat RM1 juta itu memang ada terdetik di hati di sepanjang memiliki BSN SSP, alhamdulillah kini ia telah menjadi kenyataan,” ujarnya.

Beliau berkata, setakat ini telahpun beberapa kali pernah menang hadiah cabutan BSN SSP di mana paling rendah menang RM100.

Muslim memberitahu, biasanya beliau membeli BSN SSP mengikut pendapatan dari hasil berniaga putu buluh sama ada RM500 ataupun RM1000.

Ada sesekali beliau menjual BSN SSP untuk kegunaan pelajaran anaknya tetapi akan membeli semula.

Selain itu, katanya, inilah cara beliau menyimpan bagi kegunaaan pada masa tua apabila sudah tidak berniaga lagi.

Muslim menceritakan pada awalnya berita kemenangan itupun dari mulut orang lain yang telah disampaikan kepada salah seorang anaknya.

Muslim bergambar dengan kakitangan BSN yang hadir di rumahnya di Kampung Santan, Kangar, Perlis.

“Semasa anak telefon pada 5 Januari itu, saya sedang makan tengah hari dan apabila disemak memang nama penuh itu adalah milik saya,” katanya Muslim yang merupakan bapa kepada tiga anak perempuan.

Muslim berkata, setakat ini beliau belum membuat apa-apa lagi perancangannnya terhadap wang yang dimenanginya itu. – SM

(Visited 1,004 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button