Nasional

Individu lengkap dua dos vaksin akan dapat ‘keistimewaan’

INDIVIDU yang lengkap dua dos vaksin Covid-19 akan mendapat ‘keistimewaan’ melalui beberapa kelonggaran tertentu yang boleh diberikan kepada mereka.

Bayangan itu diberikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin hari ini.

Beliau telah meminta awatankuasa pengurusan Covid-19 untuk menilai semula mereka yang lengkap divaksinasi itu diberi kelonggaran termasuk dari segi perjalanan, pergi ke kedai atau makan di restoran.

“Ini merupakan inisiatif kedepan dan tempoh jangka masa ikut Pelan Pemulihan Negara (PPN) itu, hanya sehingga akhir tahun.

“Jadi bersabarlah, jangan kata kerajaan tak bagi tumpuan. Jangan sekali-kali percaya dengan kempen kerajaan gagal, (minta maaf saya tidak bercakap politik di sini) tapi yakin dengan kerjasama kita, pimpinan dalam kerajaan serta rakyat dan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) kita boleh menang menghadapi peperangan ini,” katanya.

Katanya, kelonggaran itu merupakan petanda menunjukkan bahawa sementara kerajaan menguruskan Covid-19 kehidupan rakyat sedikit demi sedikit akan kembali pulih seperti dahulu.

Beliau berkata demikian selepas membuat tinjauan ke pusat penyimpanan dan agihan Bakul Prihatin Negara di Kompleks Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Putrajaya.

Usaha tersebut menunjukkan kemajuan kerana vaksinasi dengan angka terkini mencapai lebih 421,000 dos sehari.

“Selain itu fokus kita adalah di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, bahagian selatan Perak dan utara Negeri Sembilan yang kita lihat kes masih tinggi.

“Saya percaya langkah-langkah tumpuan khusus di kawasan ini, maka kes Covid-19 dapat diurus baik,” katanya.

Perdana Menteri pada masa sama yakin proses vaksinasi berjalan baik dan mengikut jadual.

Beliau berharap dalam tempoh beberapa hari atau bulan akan datang, pembekalan vaksin akan meningkat dan bertambah.

Katanya, jadual yang diunjurkan dalam pelan PPN iaitu sebelum akhir tahun, sebahagian besar rakyat sudah mendapat suntikan.

(Visited 215 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button