fbpx
Nasional

Mangsa ribut bersyukur dibantu MAIPs

“Bagai melulus baju sempit, bagai terbuang kesisipan”. Demikian peribahasa yang menggambarkan perasaan mangsa ribut, Osman Hamzah, 80 yang yang telah mendapat perhatian oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Bumbung kediaman beliau yang telah diterbangkan angin ribut pada 30 Ogos lalu telah dibantu serta-merta oleh pihak MAIPs melalui program ‘Kayuhan MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf kali ke 33!bagi tahun 2020’ sejauh 12km yang bermula dan berakhir di perkarangan Kolej Jururawat Masyarakat Negeri Perlis, Padang Behor, Kangar pada petang semalam.

Tambah istimewa lagi, sumbangan berkenaan dikurniakan sendiri oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang DiPertua MAIPs ketika singgah di perkarangan rumah beliau diiringi Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor beserta ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan negeri dan Persekutuan negeri ini.

Ketika ditemui, Osman melahirkan rasa syukur atas bantuan zakat MAIPs yang dapat meringankan bebanan yang dihadapi oleh beliau, apatahlagi borang permohonan baru sahaja dihantar oleh beliau dalam tempoh 1 hari sebelum iti tetapi telah diluluskan serta-merta oleh pihak MAIPs.


Selain menyantuni dan menyerahkan sumbangan MAIPs kepada dua keluarga asnaf lain sepanjang kayuhan tersebut, baginda turut berkenan singgah dan menyaksikan demonstrasi seni mempertahankan diri masyarakat Siam di Saiprawat Muaythai Gym yang beroperasi di Kampung Telok Eja, Utan Aji. Tuanku Syed Faizuddin Putra disambut oleh jurulatih di situ, Nadzrie Ismawi Nerudin. Pihak pengurusan dan juga atlet di gym berkenaan menyifatkan betapa keberangkatan baginda yang terkenal dengan sikap mesra masyarakat dan prihatin kepada seluruh rakyat jelata tanpa mengira bangsa dan agama telah membakarkan semangat perjuangan mereka dan pada masa yang sama memartabatkan lagi sukan muaythai di negeri ini.

Show More

Related Articles

Back to top button