Jenayah

Penganggur didakwa membunuh ibu

KUALA SELANGOR: Seorang penganggur dihadapkan ke mahkamah majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibunya sembilan hari lalu.

Mohamed Azam Abdul Rasib, 29, mengangguk selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan majistret Roslizi Sulaiman, menetapkan 28 Mac ini untuk sebutan kes sementara menunggu laporan bedah siasat, kimia dan forensik.

Azam didakwa membunuh Hamisah Ismail, 56, di sebuah rumah di Pasir Penambang, Kuala Selangor antara 8.10 pagi dan 6.08 petang pada 15 Jan. Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kenneth Oon manakala Azam diwakili peguam Naim Mahmud.

Terdahulu, Naim memohon mahkamah membenarkan Azam menjalani penilaian psikiatri di mana-mana hospital kerajaan.


Roslizi berkata permohonan itu boleh difailkan apabila kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

 

(Visited 79 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button