Jenayah

‘Bibik’ berpakat rompak tuan rumah

Barangan kemas, wang tunai, telefon bimbit lesap

DUA bibik berpakat untuk merompak tuan rumahnya sehingga kerugian mencecah RM60,000.

Kejadian disedari tuan rumah yang berusia 59 tahun kira-kira pukul 8.30 pagi semalam selepas mendapati dua pembantu rumah warga Indonesia itu tidak berada di rumah.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, kejadian berlaku di sebuah rumah di Lorong Tasik Permai, Ampang.

“Mangsa telah membuat pemeriksaan di dalam rumah dan mendapati beberapa barangan kemas seperti rantai emas, wang tunai RM2,800 dan dua telefon bimbit telah dilarikan suspek.

“Anggaran kerugian mangsa lebih kurang RM60,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Noor Azmi, pihaknya kini sedang mengesan dua wanita warganegara Indonesia yang dikenali sebagai Diana, 25, dan Erna, 24 tahun.

Jelasnya, kes kini diklasifikasikan di bawah Seksyen 381 Kanun Keseksaan iaitu curi oleh orang gaji yang membawa hukuman diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda.

Ujar Noor Azmi, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Sjn Jetri atau berhubung dengan mana-mana balai polis berdekatan di talian 03-42897222.

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan supaya menyimpan barang berharga ditempat selamat seperti peti besi dan tidak mendedahkan kepada orang yang tidak dikenali termasuk orang gaji. – SM

(Visited 201 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button