JenayahMahkamahNasional

Lans Koperal kesat air mata dengar pertuduhan bunuh isteri

LANS Koperal yang dituduh menembak mati isterinya dilihat mengesat air mata beberapa kali di kandang saksi ketika dibacakan kertas pertuduhan ke atasnya di Mahkamah Majistret Kangar hari ini.

Mohamad Nizarman Hassim, 27 juga mengangguk sebagai tanda faham pertuduhan ke atasnya. Bagaimanapun tertuduh tidak membuat sebarang pengakuan di hadapan Majistret Ana Rozana Mohd Nor.

Mengikut kertas pertuduhan bahawa tertuduh pada 5 Mac lalu pada pukul antara 6.45 pagi hingga 8.50 pagi di sebuah rumah di Kampung Bedang Baru di Simpang Empat, dituduh membunuh isterinya, Safsufarnisya Salleh, 26.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) di mana jika disabitkan kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau penjara seumur hidup.

Majistret menetapkan 14 April depan sebagai tarikh sebutan.

KEJADIAN tragis berlaku di rumah ini.

Sebelum itu Timbalan Pendakwaraya, Nordin Ismail memohon supaya tertuduh dihantar ke hospital psikatrik bagi penilaian berkaitan sakit mental.

Mahkamah membenarkan permohonan ini mengikut Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ).

Sebelum itu, tertuduh juga ada membuat permohonan supaya dibenar menziarah kubur arwah isterinya.

BACA https://suaramerdeka.com.my/lans-koperal-tembak-isteri-direman-seminggu/

Dalam kejadian itu, tertuduh yang menggunakan pistol Walther P99 itu dikatakan telah melepaskan lebih lima das tembakan.

Isterinya ditemukan di atas katil dalam keadaan mengiring itu didapati mempunyai kesan tembakan pada bahagian bawah mata kiri. – SM

(Visited 390 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button