JenayahNasional

Lelaki ditahan selepas aksi tagih dadah tular di Facebook

SEORANG lelaki ditahan polis di Chenderong Balai semalam susulan satu rakaman video memaparkan aksi menagih dan menghisap dadah yang dimuat naik di Facebook.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Ahmad Adnan Basri berkata, suspek berusia 46 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Jalan Dato’ Haji Yusof Maidin kira-kira pukul 5 petang.

Katanya, penahanan itu berdasarkan rakaman yang dimuat naik di akaun Facebook ‘I Love Teluk Intan’.

“Pemeriksaan di tubuh badan suspek membawa kepada penemuan dadah disyaki heroin bernilai RM832.50 yang dijumpai di dalam beg sandang berwarna hitam di bahu kanannya.

“Suspek mengaku mendapatkan bekalan dadah tersebut daripada seorang lelaki dengan nama panggilan ‘Apoi’ di kawasan Pekan Langkap dan usaha mengesan pengedar itu sedang giat dilakukan oleh pihak polis ketika ini,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis heroin dan memiliki 16 rekod jenayah berkaitan dadah, mencuri serta merompak.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA – SM

(Visited 211 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button