BeritaNasionalPendidikan

Pengambilan khas ‘one-off’ 4,828 guru DG41 lapor diri 4 April

PENEMPATAN bagi 4,828 lagi calon yang berjaya dalam pengambilan khas secara one-off Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41 akan diumumkan pada 18 Mac ini, kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Seri Dr. Radzi Jidin.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, calon yang berjaya akan mula melapor diri pada 4 April nanti.

“Semakan penempatan masing-masing boleh dibuat bermula pada 18 Mac menerusi portal e-Graduan KPM di pautan https://egraduan.moe.gov.my,” katanya.

Pada 20 Jun lalu, KPM mengumumkan akan mengambil 18,702 pegawai pendidikan gred DG41 secara ‘one off’ untuk mengatasi kekurangan guru di negara ini khususnya membabitkan negeri dan mata pelajaran tertentu.

Pada 15 Februari pula, Radzi dalam hantaran di Facebook memaklumkan seramai 8,120 guru baharu bagi pengambilan khas secara ‘one-off’ berjaya dalam temuduga Fasa 2 dan 3 akan mula melapor diri di sekolah masing-masing sejak 1 Mac lalu.


“Tahniah. Selamat maju jaya dan selamat bertugas kepada semua guru baharu yang akan memulakan tugas.

“Laksanakanlah amanah sebagai guru dengan bekerja seikhlas hati demi kecemerlangan anak-anak generasi pewaris negara,” kata dalam satu hantaran di akaun Facebook beliau. – SM

(Visited 224 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button