NasionalUncategorized

Pelan Pemulihan Negara masa tepat kembalikan i-Sinar, moratorium

Pelan Pemulihan Negara dilihat masa yang tepat untuk mengembalikan semula inisiatif i-Sinar dan moratorium bagi membantu rakyat dan perniagaan.

Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Kerajaan tidak pernah putus-putus membantu rakyat dan sentiasa berusaha memikir solusi bersama.

Menurut Tengku Zafrul, perbincangan beliau dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Bank Negara minggu lalu membuatkan beliau terkenang ketika mula-mula i-Sinar dan moratorium mahu diperkenalkan.

Pada waktu itu katanya, ada pihak yang membangkang kewajaraan Kerajaan mengusulkan inisatif tersebut untuk membantu rakyat.

“Minggu ini saya telah berbincang dengan KWSP dan Bank Negara. Teringat kembali peristiwa tahun lalu, bila Kerajaan ini pertama sekali dalam sejarah perkenalkan i-Lestari, i-Sinar dan moratorium automatik untuk membantu rakyat hadapi cabaran Covid-19.

“Kita adalah antara negara terawal di dunia memperkenalkan inisiatif sebegini. Pada mulanya digasak oleh suara-suara yang membangkang. Kemudiannya, ada di kalangan mereka yang sedar kesan positif pada rakyat dan mula menyokong program ini. Alhamdulillah mereka sedar,” katanya.

Tengku Zafrul sebelum ini berkata, beliau telah berbincang tentang perkara itu dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pelbagai agensi kerajaan yang berkaitan.

“Kerajaan mendengar suara rakyat dan bantuan yang wajar akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya.

Semalam beliau memberitahu, KWSP telah menganjurkan Sesi Zoom dengan beberapa orang influencer dalam kalangan rakyat bagi mendengar secara terus suara mereka tanpa sebarang tapisan.

“Mereka turut menjemput peserta dari FB group yang khusus memfokus kepada i-Sinar, i-Lestari dan bantuan-bantuan Kerajaan,” katanya.

Menurutnya, KWSP dan Kementerian Kewangan sentiasa mendengar luahan dan keluhan rakyat dan sesi tersebut adalah sebahagian usaha untuk mendapatkan maklumbalas bagi membentuk dasar dan inisiatif yang memenuhi keperluan dan kehendak rakyat.

Bernama hari ini melaporkan, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin dijangka akan mengumumkan bantuan lebih menyeluruh kepada semua kumpulan masyarakat esok atau lusa.-SM

(Visited 157 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button