Luar Negara

Seorang terbunuh, 30 cedera dalam insiden bom kereta di Selantan Thailand

Serangan berlaku dalam kawasan polis di  Narathiwat

SEORANG terbunuh manakala 30 lagi cedera apabila sebutir bom meletup dari sebuah kereta di dalam kawasan balai polis di wilayah Narathiwat, Selatan Thailand.

Gabenor Narathiwat, Sanan Pongaksorn berkata, insiden letupan yang berlaku kelmarin sejurus selepas seorang suspek memandu kereta masuk ke dalam penginapan polis dan meninggalkan kereta di situ.

Polis sedang memeriksa rakaman kamera keselamatan untuk mengenal pasti suspek, tambah gabenor itu.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Polis Narathiwat, Leftenan Kolonel Niti Suksan berkata, pihak polis masih membersihkan kawasan berdarah itu dan bilangan yang cedera mungkin boleh meningkat angkanya.

Pengarah Hospital Narathiwat Rajanagarindra, Pornprasit Jantra berkata, mangsa yang maut ialah seorang pegawai polis.

“Manakala yang cedera termasuk orang awam dan pegawai,” kata Pornprasit. Setakat hari ini, tiada mana-mana pihak yang menuntut bertanggungjawab terhadap serangan itu. – SUMBER ALJAZEERA – SM

(Visited 94 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button