Luar Negara

Hukuman tembak sampai mati jika tonton drama Korea Selatan

DEMAM drama Korea Selatan atau lebih dikenali sebagai K-Drama bukanlah sesuatu yang baharu dalam negara kita.

Akses yang mudah untuk menonton drama tersebut berserta dengan sari kata di laman sesawang sebenarnya bukan sahaja memudahkan, tetapi menambah lagi peminat K-Drama di seluruh dunia.

Bagi negara kita, mungkin tidak ada masalah untuk menonton drama daripada negara mana sekalipun.

Namun, terdapat satu negara yang menghalang rakyatnya daripada menonton K-Drama dan jika mereka ingkat, hukuman mati boleh dikenakan.

Negara tersebut pastinya ialah Korea Utara yang sehingga kini masih berperang secara psikologi dengan Korea Selatan.

BACA> ‘Sugu Pavithra’ buat kemunculan semula

Seperti rakyat di negara-negara lain, penduduk Korea Utara juga sebenarnya amat suka menonton K-Drama tetapi mereka perlu menontonnya secara senyap daripada dihidu pihak berkuasa.

Menurut laporan Radio Free Asia (RFA) yang memetik sumber daripada negara tersebut, sebanyak 70 peratus rakyat Korea Utara menonton drama dan filem Korea Selatan.

“Memang ramai yang sudah menonton sajian hiburan daripada Korea Selatan. Budaya nasional (Korea Utara) juga sudah semakin memudar,” katanya.

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un sebelum ini sudah menetapkan supaya hukuman mati dikenakan kepada warganya yang menonton K-Drama.

Malah, bukan sahaja hukuman berat, Jong Un juga mahukan projek pendidikan yang menanamkan ideologi Korea Utara kepada rakyatnya untuk mengelak perkembangan budaya Korea Selatan di negara itu.

TEMBAK
K-Drama, Crash Landing On You yang berkisar mengenai kisah percintaan wanita Korea Selatan bersama tentera Korea Utara.

Satu daripada akhbar Korea Selatan, JoongAng Ilbo menerusi sumbernya di Korea Utara melaporkan yang sebanyak 80 rakyat negara itu telah dihukum mati pada awal bulan lalu.

“Saya bersama 10,000 lagi rakyat Korea Utara telah diarahkkan untuk ke stadium besar di Wonsan untuk menyaksikan sendiri hukuman mati terhadap lapan individu oleh pasukan penembak.

“Kesemua mereka dikatakan telah dihukum mati kerana menonton K-Drama secara haram,” katanya yang kini sudah lari ke Korea Selatan.

Menurutnya, menonton drama atau filem luar terutamanya daripada Korea Selatan adalah satu aktiviti yang dikategorikan sebagai jenayah serius di Korea Utara.

BACA> Ikan gergasi ditemukan, khuatir petanda awal gempa bumi

Ini kerana, pihak berkuasa takut dengan pendedahan dalam filem atau drama luar itu boleh mengubah pola pemikiran rakyat Korea Utara. -SM

(Visited 870 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button