Luar Negara

Britain mansuh sekatan pergerakan ketika hampir 50,000 kes harian Covid-19

Perdana Menteri, Boris Johnson mengingatkan masyarakat Britain untuk terus berwaspada susulan sekatan pergerakan mula dimansuhkan di England.
Kata Johnson, rakyat Britain masih perlu menjalani kuarantin sekiranya diarahkan untuk berbuat demikian.
Beliau menggesa orang ramai untuk bergerak ke langkah seterusnya dengan berhati-hati serta rasa hormat terhadap orang lain.
Ini kerana risiko virus itu untuk terus muncul dalam kalangan masyarakat.
Justeru itu, Johnson turut menggesa rakyat Britain mendapatkan suntikan kedua vaksin COVID-19.
Pada Ahad, Britain merekodkan 48,161 kes COVID-19 dengan 25 kematian.
Angka tersebut sedikit rendah berbanding hari sebelumnya iaitu 54, 674 kes positif dengan 41 kematian.
Negara itu mula melonggarkan sekatan susulan kerajaan menyatakan hubungan antara kes jangkitan dan kemasukan ke hospital serta kematian semakin pudar akibat keberkesanan vaksin diberikan.
(Visited 100 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button