Luar Negara

Gara-gara rasuah: Arab Saudi pecat Komander Tertinggi dan anak lelakinya

Beberapa pegawai kanan turut dipecat

BAHANA rasuah. Komander Tertinggi Arab Saudi, Leftenan Jeneral Fahad Turki Abdulaziz dan anaknya, Putera Abdulaziz dipecat daripada jawatan yang disandang masing-masing.

Menurut laporan Saudi Press Agency, pemecatan yang dibuat ke atas kedua-dua individu itu adalah susulan daripada dakwaan, kedua-dua beranak itu terlibat dalam salah laku rasuah.

Beberapa pegawai kanan lain juga dilaporkan, turut dipecat.

Kedua-dua mereka dikatakan telah terlibat dalam urus niaga yang mencurigakan yang dipantau di Kementerian Pertahanan.

Jeneral Fahad merupakan seorang putera dalam keluarga besar pemerintahan Arab Saudi dan beliau bertanggungjawab terhadap pasukan tentera pakatan dalam perang, memerangi pemberontak Houthi dai Yamen.

Manakala anak lelakinya, Putera Abdulaziz pula dipecat daripada jawatannya sebagai wakil Gabenor Wilayah al-Jouf, Arab Saudi, di barat laut kerajaan itu.

Memetik satu kenyataan, difahamkan, kerajaan Arab Saudi juga sedang menyiasat empat pegawai lain atas arahan Raja Salman Abdulaziz Al Saud.

Kenyataan itu walau bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada kesemua mereka yang telah ditahan itu mempunyai peguam.

Jeneral Fahad hanya mengambil alih operasi perang di Yamen pada Februari, dua tahun lepas iaitu pada tahun 2018.

Beliau sebelum ini bertugas sebagai Komander pasukan payung terjun dan pasukan khas serta mengawasi angkatan darat Arab Saudi. – SM

(Visited 190 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button