fbpx
Luar Negara

Amerika tetap haramkan Tik Tok – Presiden Trump

BUKAN semua orang boleh menerima Tik Tok. Presiden Amerika, Donald Trump berpendirian tegas, Amerika akan mengharamkan aplikasi Tik Tok kecuali jika ia dijual pada bulan ini.

Kedegilan Trump memberi impak kepada Perbendaharaan Amerika yang mesti diberi pampasan dan anti rugi untuk urusan penjualan tersebut.

“Baiklah, saya memberitahu mereka, Tik tok bahawa mereka mempunyai masa sehingga pertengahan bulan ini (15 September) untuk membuat perjanjian.

“Selepas tarikh itu, kami akan menutup Tik Tok di negara ini dan saya mengatakan bahawa Amerika Syarikat harus diberi ganti rugi, mendapat pampasan yang baik kerana kita adalah orang yang membolehkan perkara itu.

“Oleh itu, kita harus diberi pampasan. Jadi, Perbendaharaan harus diberi pampasan,” kata Trump.


Presiden Amerika itu pada awal bulan lepas telah menandatangani Perintah Eksekutif mengharamkan operasi aplikasi Tik Tok dari negara China.

Turut diharamkan menerusi Perintah Eksekutif itu ialah aplikasi WeChat. Langkah pengharaman ini diambil dan akan dikuatkuasakan dalam tempoh 45 hari.

Perintah itu dikeluarkan ketika Amerika berusaha untuk membina rangkaian bersih susulan kemuncak kebimbangan terhadap keselamatan data peribadi yang diuruskan oleh syarikat pengeluar aplikasi tersebut.

Tindakan itu sekali gus dilihat memberi tekanan kepada pemilik aplikasi ByteDance yang berpangkalan di Beijing untuk menjualnya kepada Amerika Syarikat.

Dalam perkembangan lain, Trump menyatakan bahawa kerajaan akan memberikan lebih banyak bantuan kepada syarikat penerbangan negara itu yang terjejas teruk akibat Covid-19.

Beliau berkata, pihaknya akan membantu syarikat penerbangan.

“Ya, kami akan membantu dan anda harus menolong syarikat penerbangan negara kita,” ujar Trump.

Perniagaan yang sukar dan sememangnya begitu. Jadi, syarikat penerbangan adalah perniagaan yang sukar yang terpaksa sama-sama menempuh keadaan sama ada pada masa yang baik atau tidak,’ katanya.

Sehubungan itu, kata Trump sekali lagi, kerajaan akan bersedia untuk mendapatkan kembali, zaman baik.

Trump turut mengajak rakyatnya melihat angka pada pagi itu yang mana beberapa nombor yang keluar di senarai pasaran saham, sangat luar biasa.

“Kita kini mempunyai pasaran saham tertinggi sepanjang masa sekiranya purata diambil kira,” kata Trump. – SM

(Visited 3 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button