Nasional

Rais Yatim terpilih sebagai YDP Dewan Negara baharu melalui undi

SENATOR Tan Sri Dr. Rais Yatim dilantik sebagai Yang Dipertuan Dewan Negara yang baharu hari ini.

Rais dipilih selepas undian diadakah berikutan terdapat dua nama dicalonkan termasuk Senator Mohd Yusmadi Mohd Yusoff.

Dalam undian melalui kertas undian itu, Rais mendapat 45 undi manakala Mohd Yusmadi pula memperoleh 19 undi.

Keseluruhan terdapat 64 undi dan seorang Ahli Dewan Negara tidak hadir untuk membuat undian.

Rais menggantikan Tan Sri SA Vigneswaran yang tamat tempoh perjawatannya pada 22 Jun lalu.

Pelantikan Yang Dipertua Dewan Negara perlu dibuat dalam kalangan ahli dewan berkenaan. Selain Yang Dipertua, seorang timbalan juga akan dilantik daripada kalangan Senator.

Yang Dipertua Dewan Negara yang berkhidmat untuk tempoh maksimum dua penggal atau enam tahun, berperanan mengawasi perjalanan mesyuarat, memastikan perbahasan berkaitan dengan perkara dibahaskan dan membuat keputusan mengenai peraturan mesyuarat, jika berlaku perbalahan.

Sebelum ini barisan senator dari parti pembangkang membantah cadangan untuk melantik Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu sebagai Yang Dipertua  Dewan Negara.

Menurut kenyataan tersebut, sebagai presiden yang dilantik, individu terbabit perlu memupuk kesepakatan dalam kalangan anggotanya.

“Dewan Negara fitrahnya sebuah dewan yang harmoni dan kurang berbalah, justeru ia memerlukan seorang presiden yang mampu memupuk konsensus dalam kalangan anggotanya.

“Oleh itu, kami berpendapat (Tan Sri) Rais Yatim bukanlah individu yang sesuai untuk memegang peranan tersebut,” katanya.

Mereka menggesa kerajaan berunding mengenai kedudukan presiden dengan semua parti politik yang diwakili dalam Dewan Negara berkenaan supaya boleh diterima semua pihak.-SM

(Visited 519 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button