Luar NegaraUncategorized

Virus mutasi D614G ‘super spreader’ dikesan di Indonesia

Selepas

MUTASI Covid-19 yang lebih mudah berjangkit ditemukan di Indonesia, kata Institut Biologi Molekul Eijkman di Jakarta, baru-baru ini.

Difahamkan mutasi berkenaan adalah 10 kali lebih mudah berjangkit namun mempunyai impak penyebab kematian yang kurang.

Menurut Timbalan Pengarah, Dr. Herawati Sudoyo Mutasi, virus D614G lebih mudah menular tetapi kurang serius, ditemui dalam data urutan genom daripada sampel yang dikumpul institut itu.

Bagaimanapun, lebih banyak kajian diperlukan bagi menentukan apakah perkara itu penyebab di sebalik peningkatan kes jangkitan baru-baru ini.

Dalam pada itu, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mutasi itu dikenal pasti pada Februari lalu dan telah menular di Eropah dan Amerika, juga ditemui di negara jiran Singapura dan Malaysia.

Jakarta merekodkan lonjakan kes yang serius dengan penularan tempatan yang tidak terkawal.

Semalam, Jakarta mencatat peningkatan harian lebih 1,000 kes dengan pihak berkuasa bandar itu mengaitkannya dengan kadar mobiliti lebih tinggi semasa perayaan kemerdekaan Indonesia pada pertengahan Ogos lalu. – SM

(Visited 72 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button