EkonomiNasional

Moratorium enam bulan: Bank tetap catat untung

BANK di negara ini dipercayai tetap mencatatkan keuntungan walaupun tempoh tanpa hutang (debt holidays) diberikan kepada rakyat selama enam bulan.

Moratorium itu dikatakan tidak menjejaskan pendapatan bank ketika negara berhadapan pandemik Koronavirus (Covid-19) bagi memastikan pengguna mempunyai kewangan cukup untuk menghadapinya.

Perkara itu dapat dilihat menerusi keuntungan bank yang dicatatkan pada rekod suku kedua berakhir 30 Jun tahun ini.

“Minggu lepas, bank-bank utama Malaysia umum keuntungan bagi tempoh suku tahun kedua (April hingga Jun) tahun 2020.

“Kesemua bank masih catat keuntungan walaupun ini adalah tempoh tiga bulan paling susah.

“Di mana  bank diarahkan untuk memberi moratorium pinjaman serta operasi bank terganggu akibat tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang paling ketat.

“Malah ada dua bank (Alliance dan Hong Leong Bank) umum keuntungan lebih tinggi.

“Maybank – RM942 juta (suku sama tahun lepas: RM1.94b), CIMB – RM277 juta (RM1.51b), RHB Bank – RM400 juta (RM615 juta) dan Public Bank – RM1 bilion (RM1.33b).

“Alliance Bank – RM104 juta (RM77 juta), Hong Leong Bank – RM525 juta (RM469 juta) dan Ambank – RM365 juta (RM391 juta).

“Affin Bank RM67 juta (RM156 juta) dan Bank Islam RM153 juta (RM195 juta).”

Demikian kata bekas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari ini.

Berdasarkan maklumat yang dimaklumkan itu, perbezaan yang dilihat adalah keuntungan bank-bank tertentu yang berkurangan berbanding tahun lalu.

Walau bagaimanapun, perbezaan tersebut tidak terlalu ketara apabila keuntungan masih lagi dicatatkan.

Malah ada bank yang mencatatkan keuntungan lebih baik berbanding tempoh sama tahu lalu seperti Alliance dan Hong Leong.

Oleh demikian, tambah Najib bank pasti tiada masalah sekiranya moratorium diteruskan untuk tempoh enam bulan lagi.

Menurut beliau, langkah demikian adalah perlu apabila dunia masih belum pulih sepenuhnya daripada pandemik global dan dijangka bertambah buruk sebelum pulih.

“Sebab itu, saya seru bank untuk melanjutkan moratorium pinjaman untuk enam bulan secara automatik.

“Kerana krisis Covid dunia masih belum berakhir dan dijangka bertambah teruk sebelum ianya memulih.

“Namun peminjam yang business atau pendapatan telah pulih dan mampu bayar, teruskan untuk bayar. Kena jujur dan jangan ambil kesempatan.

“Masa baik, kita jaga bank. Masa susah, bank jaga kita,” ujarnya. – SM

(Visited 339 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button