fbpx
Nasional

Pemulihan bekalan air tidak dapat ditentukan lagi – Air Selangor

Pemulihan gangguan bekalan air tidak berjadual di beberapa kawasan di Lembah Kelang masih tidak dapat ditentukan sehingga pukul 7.30 pagi tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd berkata, pencemaran masih lagi di kesan di Sungai Semenyih yang berada pada tahap 5 TON di muka sauk Logi Rawatan Air (LRA) Bukit Tampoi dan 7 TON di muka sauk LRA Sungai Sungai Semenyih. Kedua-dua logi tersebut masih belum beroperasi sepenuhnya sehingga kini.

“Dalam tempoh lebih 14 jam ini Air Selangor tidak dapat menghasilkan air sebanyak 605 juta liter sehari untuk dibekalkan kepada para pengguna di 274 kawasan,” kata Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor Elina Baseri.

Menurut beliau, Air Selangor menyarankan para pengguna untuk mengamnbil bantuan bekalan air alternatif di pili-pili awam.

Ini kerana bantuan melalui lori-lori tangki air diutamakan kepada premis-presis kritikal seperti hospital dan pusat dialisisi.


“Para pengguna juga boleh mendapatkan maklumat dan bantuan bekalan air bersih di Pusat Khidmat Setempat yang telah disediakan,” kata Elina.

Pencemaran bau Sungai Semenyih yang menyebabkan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi dihentikan sejak jam 4.30 petang semalam, disyaki berpunca dari Kawasan Perindustrian Nilai, Negeri Sembilan.

Sejumlah 309,687 akaun pengguna di wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual selepas operasi di LRA Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi dihentikan pada pukul 4.30 petang semalam, akibat insiden pencemaran di LRA itu.-SM

 

 

 

 

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button