Nasional

Mahkamah Rayuan bebaskan ‘Sultan Melaka’ 

MAHKAMAH Rayuan mengekalkan pembebasan ahli perniagaan, Noor Jan Tuah daripada tuduhan menipu dan menyamar sebagai sultan Melaka.

Mahkamah Tinggi Melaka pada 10 April lalu mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen tahun lalu, yang melepas dan membebaskan Noor Jan, 62.

Keputusan itu dicapai berikutan kegagalan pihak pendakwaan menimbulkan keraguan munasabah terhadap tertuduh berhubung empat tuduhan menipu dan menyamar sebagai sultan Melaka, lima tahun lalu.

Noor Jan didakwa melakukan kesalahan itu pada Majlis Istiadat di A’Famosa Resort Melaka, Alor Gajah, pada jam 10 malam, 28 Disember 2013.-BERNAMA

(Visited 542 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button