Nasional

Bekalan air di Petaling, Hulu Langat, KL pulih sepenuhnya

LEGA! Ramai yang merasa lega apabila hari ini, bekalan air di semua kawasan yang terjejas iaitu sekitar Petaling, Hulu Langat dan Kuala Lumpur kembali pulih sepenuhnya.

Tiada lagi perlu tidur di hotel-hotel atau menyimpan air untuk kegunaan seisi rumah kerana sejak awal pagi tadi lagi, bekalan air telah pulih.

Ini susulan kerja-kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat yang bermula kelmarin, Selasa, siap sepenuhnya pada jam 6 pagi tadi, menurut kenyataan Air Selangor.

Air Selangor turut mengucapkan terima kasih kepada pengguna “atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual itu”.

Pada 10 Oktober, baru-baru ini, 339 kawasan di daerah Petaling, Hulu Langat dan Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan air berjadual disebabkan pelaksanaan kerja-kerja di LRA Sungai Langat.

Seminggu sebelum itu, pihak Air Selangor dalam kenyataannya telah memaklumkan tentang gangguan bekalan air selama tiga hari iaitu pada 10 Oktober sehingga 12 Oktober iaitu semalam.

Air Selangor bagaimanapun mengambil langkah memberi bantuan alternatif melalui lori tangki yang digerakkan kepada pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal sepanjang gangguan bekalan air berlaku. – SM

BACA Hulu Langat, KL, Petaling alami gangguan bekalan air 10 Oktober ini

(Visited 27 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button