AgamaNasional

Mufti Perlis haramkan golongan Mak Nyah, transgender masuk masjid

MUFTI Negeri Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menerusi laman web rasmi Jabatan Mufti Negeri Perlis semalam menyatakan, golongan mukhannath atau mak nyah diharamkan memasuki masjid.

Pengharaman itu turut meliputi golongan transgender kerana golongan tersebut mengalami kecelaruan jantina dan boleh mengganggu suasana ibadah di dalam masjid.

Mohd Asri berkata, berdasarkan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis, golongan berkenaan sengaja menyerupai jantina berbeza dan termasuk dalam golongan fasik.

“Bagi golongan ini terdapat beberapa hukuman yang perlu diberikan perhatian.

“Hukuman seseorang berkhalwat dengan golongan ini sekalipun daripada jantina yang sama adalah diharamkan jika boleh menimbulkan fitnah atau mencemarkan nama baik seseorang,” katanya.


Katanya lagi, jika tidak menimbulkan fitnah maka hukumannya sama seperti seorang berkhalwat dengan jantina yang sama.

Beliau menambah, solat jemaah golongan ini hendaklah berdasarkan jantinanya yang sebenar dan mereka diharamkan memasuki masjid dalam keadaan kecelaruan jantina.

Ini kerana, ulas Mohd. Asri, golongan ini juga dilarang mengerjakan haji dan umrah jika penampilan mereka boleh menimbulkan fitnah kepada jemaah haji dan umrah.

Dari segi pengurusan jenazah golongan ini, beliau menjelaskan, jenazah diurusakan berdasarkan jantina yang sebenar.

“Pihak pengurusan jenazah memilih mereka yang sesuai untuk mengendalikan jenazah golongan ini bagi mengelakkan fitnah.

“Lelaki dari golongan ini boleh menjadi wali dengan syarat ketika proses perwalian, dia tampil dengan perwatakan lelaki,” katanya. – SM

(Visited 265 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button