Nasional

PUI Sivagangga: 3 laluan ke Kuala Sanglang ditutup 28 hari

MULAI pukul 10 malam tadi, tiga laluan utama ke Kuala Sanglang ditutup selepas kerajaan negeri Perlis mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (TEMCO).

Ketua Polis negeri, Datuk Surina Saad berkata, polis telah melakukan sekatan jalan raya di empat laluan masuk ke Kuala Sanglang bagi membendung penularan wabak Covid-19.

“Empat sekatan jalan raya itu adalah di Simpang Tiga, Jalan Padang Keria, hadapan Pos Kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Sanglang dan hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chin Hun,” kata beliau.

Beliau berkata, sebanyak 20 orang anggota dan pegawai diletakkan pada setiap SJR.

“Orang ramai yang berada dalam kawasan TEMCO (Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul diminta mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelak penularan wabak,” katanya.

Semalam, Bernama melaporkan kerajaan Negeri Perlis melaksanakan TEMCO selama 28 hari bermula 10 malam tadi di dua buah kampung iaitu Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul.

Perlis sehingga semalam mencatat 30 kes dengan 11 kes baharu daripada kluster pesakit bawah siasatan (PUI) Sivagangga. – BERNAMA – SM

(Visited 147 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button