Nasional

Hulu Langat, KL, Petaling alami gangguan bekalan air 10 Oktober ini

SEBANYAK 339 kawasan di tiga daerah di Petaling, Hulu Langat dan Kuala Lumpur bakal mengalami gangguan bekalan air berjadual pada 10 Oktober ini.

Gangguan itu membabitkan 37 kawasan di Petaling, Hulu Langat (98) dan Kuala Lumpur (204).

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataannya memaklumkan, gangguan itu susulan pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat.

“Gangguan dijangka bermula pada jam 9 pagi dan kerja-kerja ini dijangka siap pada jam 7 malam.

“Bekalan air dijangka akan mula disalurkan kepada pengguna secara berperingkat-peringkat apabila sistem agihan sudah distabilkan.

“Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada 12 tengah hari, 12 Oktober,” katanya dalam kenyataan yang sama.

Tambahnya, bantuan alternatif melalui lori tangki akan digerakkan kepada pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal.

“Bagi pelanggan komersial pula, bekalan air terawat boleh dibeli di mana-mana kaunter khidmat pelanggan Air Selangor di wilayah yang terjejas.

“Pelanggan komersial boleh menggunakan lori tangki air masing-masing di dua stesen pengisian air yang akan dibuka di Sunway Batu Caves dan Selayang Mutiara,” katanya.

Air Selangor berkata, maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual ini boleh diperolehi dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300. – SM

BACA Gangguan bekalan air sementara kerja tambah baik sistem bekalan

BACA Gangguan bekalan air di Kedah, Pulau Pinang pulih sepenuhnya esok

(Visited 80 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button