fbpx
Nasional

Terlalu lama di rumah, tekanan pun muncul

APABILA teralalu lama berada dalam rumah, maka wujud tekanan lain sehingga menyebabkan perselisihan antara suami dan isteri berlaku.

Maka, tidak mustahahil berlaku peningkatan keganasan rumah tangga seperti yang dilaporkan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff. sejak 18 Mac lalu.

[BACA] PKP dilanjutkan atau tidak, keputusan dalam masa 72 jam – Suara Merdeka
[BACA] Penerima yang rasa tidak perlukan BPN boleh salur ke Tabung Covid – Suara Merdeka

Hal demikian mendapat perhatian Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang bersedih apabila rakyat berhadapan dengan tekanan dan keserabutan.

Menurut beliau, rakyat Malaysia perlu mengambil pendekatan yang positif apabila bersama keluarga di rumah  ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa akibat pandemik Koronavirus (Covid-19).

“Cubalah amalkan solat berjemaah dan zikir berjemaah bersama keluarga kerana itulah amalan yang diajar Allah untuk memperoleh ketenangan hakiki disamping keberkatan Ilahi.

KEGANASAN RUMAH TANGGA
DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI

“Sedih membaca laporan peningkatan jenayah domestik dan keganasan rumahtangga semenjak PKP ni lantaran tekanan dan keserabutan,” katanya dalam Facebook hari ini.

[BACA] Mahasiswa tak puas hati makanan PKP tutup akaun Twitter — Suara Merdeka

Semalam Suara Merdeka melaporkan data yang dikumpul oleh KPWKM dan beberapa pertubuhan kerajaan merekodkan 1,893 kes keganasan rumah tangga.

Jumlah berkenaan menunjukkan, peningkatan sebanyak 57 peratus sejak PKP dilaksanakan pada pertengahan Mac lalu.

Menurut Siti Zailah, kes berkenaan dipercayai dikaitkan dengan masalah kewangan, perkahwinan dan juga keganasan.

“Terdapat sedikit peningkatan kes, sebahagian besarnya kerana tertekan (didera suami yang) kerana berkurung dalam rumah. Situasi ini bagaimanapun terkawal.

[BACA] COVID-19: Sultan Selangor batal tradisi buka puasa, bertarawih bersama rakyat — Suara Merdeka
[BACA] 7,000 tentera bantu PKP fasa kedua — Suara Merdeka

“Kami faham berada dalam situasi seperti boleh mencetuskan ketegangan dan tertekan. Ada yang panas baran, dan mereka lepaskan kepada isteri. Ada kes di mana suami dan anak menjadi mangsa,” katanya – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button