Politik

Mastura minta maaf dedah identiti peminta bantuan

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mastura Mohd Yazid memohon maaf secara terbuka susulan kontroversinya dalam isu bantuan kepada penduduk kawasan parlimennya.

“Saya mengambil maklum keprihatinan semua pihak berkenaan posting di akaun media sosial saya baru-baru ini dan video penjelasan oleh beberapa pihak berkaitan tularnya video temuramah oleh Suria FM beberapa hari lalu.

“Dengan ini saya memohon maaf atas ketidakselesaan berbagai pihak daripadanya,” kata anggota parlimen Kuala Kangsar di Facebook pejabatnya sebentar tadi.

Kenyataan itu dikeluarkan setelah dia dikritik kerana menyiarkan video wawancara dengan seorang penduduk bagi menyanggah dakwaan terdapat rakyat kawasannya kelaparan selama dua hari.

Bekas menteri muda Pakatan Harapan Syed Saddiq Syed Abdul antara yang tampil menegur wakil rakyat UMNO itu.

Dia antaranya berkata Mastura hanya patut “datang, bantu dan pergi” dan tidak harus membuat pendedahan seperti keluarga itu bersalah.

Dalam wawancara radio, seorang wakil NGO, sambil menangis, mendakwa melihat seorang kanak-kanak terbaring tidak makan dua hari di Kuala Kangsar.

Dia juga mendakwa keluarga itu tiada makanan selama dua hari.

Ramai pengguna media sosial mengecam Mastura kerana mendedahkan identiti keluarga berkenaan dan bukannya menyalurkan bantuan diperlukan.

Sementara itu, Mastura berkata apa yang terjadi tidak akan melunturkan semangatnya untuk terus membela nasib masyarakat Kuala Kangsar.

Dia mengharapkan semua pihak kembali fokus membantu rakyat yang terkesan dengan cabaran Covid-19.

Hari ini atas arahan Mastura mengarahkan, Setiausaha sulit kanan (SUSK) dan Pegawai Tugas-Tugas Khas (PTTK) berkunjung ke Warehouse Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bagi berbincang mengenai kerjasama yang boleh dibuat bagi membantu masyarakat khasnya di Parlimen Kuala Kangsar.
Dalam hantaran Facebook berkenaan memaklumkan banyak perkara positif yang telah dicapai. Antaranya pihak MAPIM boleh menawarkan bantuan kotak makanan tambahan, perkhidmatan klinik bergerak, bantuan baik pulih rumah, khidmat kaunseling dan beberapa jenis bantuan lagi.
Selain peruntukan sedia ada, kerjasama rapat dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO), kumpulan masyarakat, orang perseorangan dan semua yang ingin membantu diteruskan.
Bagi yang memerlukan bantuan, hubungi kami di talian hotline:
018-959 0985
018-956 3473
018-957 8729
05-776 3473
(Visited 538 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button