Jenayah

Pemandu teksi didakwa edar dadah terlepas dari hukuman gantung

SHAH ALAM: Seorang pemandu teksi yang didakwa atas empat pertuduhan mengedar dadah kira-kira 18kg terlepas daripada hukuman gantung hari ini kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan dia mempunyai akses eksklusif ke sebuah rumah di Cheras empat tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Hasbullah Adam, yang membebaskan Lim Kim Sang, 35, tanpa dipanggil pembelaannya, berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie walaupun memanggil 11 saksi.

Beliau berkata terdapat keraguan sama ada Lim mempunyai akses eksklusif ke rumah dan dadah itu.

Menurut Hasbullah, seorang jiran telah memberikan keterangan bahawa dia telah melihat Lim dan orang lain di dalam rumah itu beberapa minggu sebelum pihak polis membawa Lim ke rumah dan menemui dadah itu.

Hasbullah berkata, lampu di rumah itu telah dinyalakan dan beberapa anggota polis sudah berada di dalam premis itu sebelum Lim diiringi masuk.

“Inferens boleh dibuat bahawa dadah itu sudah ada di dalam rumah,” katanya.

Hasbullah menyatakan bahawa pegawai yang menangkap telah memberitahu mahkamah dia tidak merampas kunci rumah itu. Bagaimanapun, pegawai serbuan itu memberi keterangan bahawa pegawai penyiasat telah memberikan kunci premis itu kepadanya.

Hasbullah berkata ini adalah percanggahan material.

“Kunci rumah itu hilang dan juga tidak pernah dikemukakan sebagai bahan bukti di mahkamah,” katanya sambil menambah terdapat juga kecuaian pegawai penyiasat dalam menjaga barang bukti iaitu kunci rumah.

Lim didakwa atas empat pertuduhan mengedar 673.1gm heroin dan monoacetylmorphine, 14.7kg methamphetamine, 2.1kg metilenedioxymethamphetamine, dan 134.9gm ketamin.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Sunway, Taman Sunway Cheras, di Selangor pada 3 Mac 2018.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Pendakwa Raya Nur Zatil Hidayah Ali manakala peguam T Harpal Singh, Y Sheelan Samuagam dan Nadia Syaza mewakili Lim.

 

(Visited 335 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button