NasionalpilihanTravel

Peluang pengusaha tempatan promosikan produk pelancongan di Seoul, Korea Selatan

Kerajaan Metropolitan Seoul dan Pertubuhan Pelancongan Seoul mengadakan jerayawara pelancongan di Kuala Lumpur

KERAJAAN Metropolitan Seoul dan Pertubuhan Pelancongan Seoul (STO) mengadakan jerayawara pelancongan Seoul di Kuala Lumpur bermula semalam, bertemakan ‘Soulful Seoul Night’. Ia merupakan jerayawara pertama seumpama itu yang diadakan di Malaysia sejak pendemik bermula.

‘Soulful Seoul Night’ menampilkan program yang padat dengan aktiviti-aktiviti menarik, termasuk Seoul Travel Mart, yang merupakan acara padanan perniagaan antara syarikat-syarikat Korea dengan pengusaha tempatan, pengenalan infrastruktur pelancongan Seoul serta persembahan K-pop oleh HOOK, sebuah kumpulan tarian popular yang pernah muncul dalam rancangan TV Korea terkenal, Street Woman Fighter.

Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pelancongan Seoul, Lee Sang-hoon ketika memberi ucapan pembukaan majlis semalam. Foto: SuaraMerdeka

Menurut STO, negara Asia Tenggara menyumbang kepada kemasukkan jumlah pelancong yang kukuh ke Korea Selatan. Jumlah pelancong Asia Tenggara yang melawat Korea Selatan meningkat kira-kira 60 peratus dalam tempoh lima tahun (2015 – 2019) sebelum pendemik melanda dunia.

Klik sini untuk maklumat lanjut > Visit Seoul

Negara-negara Asia Tenggara juga mendahului senarai negara yang mempunyai jumlah pelancong berpotensi untuk melawat Korea Selatan. Antaranya, Malaysia menunjukkan trend pertumbuhan berterusan dalam jumlah pelancong masuk ke Korea Selatan, berada dalam kedudukan 10 teratas sebelum wabak itu.

Jumlah pelancong yang datang secara berkumpulan dan tahap minat yang tinggi dalam K-beauty, K-fashion, dan K-pop menjadikan Malaysia sasaran menarik bagi STO untuk mempromosikan Seoul.

Penerangan jumlah statistik kedatangan pelancong ke Seoul oleh pihak Pertubuhan Pelancongan Seoul. Foto: SuaraMerdeka

Pengarah Pasukan Pemasaran Global Pertubuhan Pelancongan Seoul, Haeyjin Lee, berkata, “Untuk menggiatkan semula industri pelancongan dalam era pasca-pandemik, saluran pengedaran produk pelancongan Seoul harus dipulihkan secepat mungkin,”

“Melalui kempen Soulful Seoul Night, kami akan mempromosikan kandungan pelancongan Seoul yang menarik kepada wakil dari industri pelancongan Malaysia dan berusaha untuk merancakkan semula perniagaan pelancongan antara Malaysia dan Seoul secara proaktif untuk memenuhi permintaan pelancongan global, bermula dengan Asia Tenggara.” kantanya lagi.

Acara ‘Soulful Seoul Night’ bakal memperkenalkan konsep “Little Seoul”, di mana tempat unik akan digunakan untuk menghasilkan semula seakan-akan kawasan Seongsu-dong, sebuah tempat yang menarik dan begitu senonim dengan Generasi MZ di Seoul.

Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pelancongan Seoul, Lee Sang-hoon (kiri) dan Pengarah Pasukan Pemasaran Global Pertubuhan Pelancongan Seoul, Haeyjin Lee (kanan) ketika sesi sidang media. Foto: SuaraMerdeka

Program jerayawara pelancongan itu dimulakan dengan Seoul Travel Mart semalam, di mana sepuluh syarikat pelancongan Korea bertemu dengan pengusaha tempatan khususnya pengusaha produk berkaitan pelancongan untuk membincangkan peluang perniagaan dan juga cara menghidupkan semula perniagaan mereka dalam era pasca pandemik, dan untuk mempromosikan pelbagai produk pelancongan Seoul.

Antara rakan kongsi dari Seoul yang mengambil bahagian adalah daripada agensi pelancongan (DOJC Korea, FNF Korea, Jack World), hotel (Lotte Hotels & Resorts, Nine Tree, Sofitel Ambassador Seoul), industri hiburan (Nature Labs, Modern Han), dan industri pengangkutan (Premium Pass International).

Program jerayawara pelancongan itu dimulakan dengan Seoul Travel Mart semalam dengan sesi padanan perniagaan (B2B) yang berlangsung di aras 1, The Loft Jalan Doraisamy, Kuala Lumpur. Foto: SuaraMerdeka

Selain Seoul Travel Mart yang memfokuskan sesi padanan perniagaan (B2B), STO juga akan menganjurkan aktiviti pengguna pada bulan Ogos bertemakan ‘Finding Your Soul in Seoul’, yang merupakan kempen pemasaran bersama dengan platform Agensi Pelancongan Dalam Talian (OTA) global dengan aplikasi Klook.

Pengguna boleh mengakses halaman web Klook Malaysia untuk mendapatkan gambaran keseluruhan sepanduk promosi kempen Seoul dan produk pelancongan Seoul, serta berpeluang untuk membuat tempahan dalam talian. Selain kempen promosi dalam aplikasi, promosi kempen tersebut juga akan dijalankan melalui saluran media sosial dan hebahan melalui emel dari pihak Klook, dan banyak platform media yang lain lagi. – SM

Antara pengusaha dari Seoul yang mengambil bahagian dalam sesi padanan perniagaan Seoul Travel Mart semalam. Foto: SuaraMerdeka

Artikel berkaitan > Penduduk Seoul suka kucing

(Visited 345 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button