Mahkamah

Bayaran kerja ubah suai banglo mengikut progres

Kes bicara Ahmad Zahid

KES perbicaraan Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Hari ini dua saksi ditampilkan, yang pertama, Marzuki Che Omar, kontraktor yang bertanggung jawab membuat kerja-kerja ubai suai sebuah banglo di Country Heights, Kajang, sebagai saksi ke-70 dan saksi kedua pagi ini, pekerja Pengurup Wang, Mohamed Husein Mohammad Annifah, saksi ke-71.

Saksi ke-70, Marzuki, 56, memberitahu mahkamah segala kerja ubah suai banglo Lot 403 milik Yayasan Al-Falah yang dimiliki oleh adik Ahmad Zahid, Datuk Seri Nasaee Ahmad Termizi disempurnakan dalam tempoh tiga bulan dan dia dibayar secara tunai oleh Ahmad Zahid sendiri.

Menurut Marzuki, beliau akan meminta bayaran berdasarkan progres kerja dan selalunya, bayaran diserahkan kepadanya di Surau An Nur yang terletak bertentangan dengan banglo yang diubah suai.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Sazilee Abdul Khairi meminta Marzuki membuat pengecaman sebut harga kerja-kerja ubah suai banglo berkenaan.

Ahmad Sazilee: Merujuk kepada perenggan 9 dalam kenyataan bertulis Encik Marzuki (saksi) adakah benat sebut harga Nusantara Sdn Bhd berserta tandatangan, beritahu mahkamah jumlah harga.

Saksi: RM1.342 juta sebut harga bertarikh pada 2 Oktober 2018 dan perincian kerja-kerja disertakan dalam surat.

Saksi turut dirujuk pada gambar D7 dan Ahmad Sazilee mengajukan soalan:

“Ini gambar banglo yang telah diubahsuai oleh syarikat Tuan Haji (Marzuki)?

Saksi: Ya, benar

Ahmad Sazilee: Berkenaan banglo ini, sebut harga dikeluarkan pada 2 Oktober Bila mula kerja-kerja ubah suai?

Saksi: Dua minggu selepas tarikh surat sebut harga dan kerja-kerja ubah suai siap sekitar awal Februari 2019, termasuk mencuci dan touch up. Selesai kerja dalam minggu kedua Februari 2019 dan pada 30 Mac 2019, penyerahan kunci.

Ahamd Sazilee: Rujuk D7 tarikh pada gambar 12 Februari 2019.

Saksi:  Belum serah kunci kalau ikut tarikh

Ahmad Sazilee: Pada masa nak mula kerja macamana keadaan banglo

Saksi: Keadaan macam banglo tinggal, tidak terurus

Ahmad Sazilee: Dengan siapa berurusan pembayaran wang ubah suai

Saksi: Biasanya Tuan Haji Saad,  kawan bagitahu Datuk Seri Ahmad Zahid, datang selepas solat Subuh atau Zohor di surau Nn Nur berdepan iaitu setentang dengan banglo. Saya dibayar oleh Datuk Seri Zahid sendiri secara tunai.

Ahmad Sazilee: Sekaligus bayaran atau macamana

Saksi: Perjalanan kontrak proper, ada progress saya claim dalam tempoh 7 hari, Datuk Seri Zahid akan bayar saya ,Yang Arif.

Ahmad Sazilee: Pernah Datuk Seri Nasaee serah wang

Saksi: Tak pernah.

Pemeriksaan balas oleh peguam bela Ahmad Zahid,
Mohd. Haziq Dhiyauddin Razali yang meminta saksi merujuk kepada gambar banglo berkenaan.

Peguam: Setuju dengan saya gambar ini ialah lot diubah suai. Dalam ada bilik mesyuarat.

Saksi: Ya benar tapi kegunaan saya tak pasti.

Peguam: Saya ubah soalan. Ada ruangan untuk mesyuarat.

Saksi:  Saya tak tahu.

Peguam: Dalam quotation ada tak apa-apa program

Saksi: Saya tak bawa.

Peguam: Tahu atau tidak ada ruang besar untuk tujuan solat.

Saksi: Yang itu saya tahu.

Peguam: Ada bilik-bilik untuk pengajian dan penginapan.

Saksi:  Ya setuju.

Peguam: Rate up madrasah

Saksi: Setuju

Peguam: Jumpa Datuk Seri Ahmad Zahid kat surau An Nur ada lakukan kerja-kerja pembinaan di tempat lain.

Saksi: Ini yang pertama. Pernah bantu projek pembinaan lain.

Peguam: Surau bangunan UMNO di aras satu Menara Dato Onn

Saksi: Itu sebelum. Selepas saya dilantik oleh AJK surau.

Selesai pemeriksaan balas, Timbalan Pendakwa Raya memberi soalan sebelum saksi dilepaskan dan dibebaskan

Ahmad Sazilee: Apabila serahan kunci dibuat ada perabot-perabot

Saksi: Itu bukan skop saya. Bilik mesyuarat saya tau tapi saya tak supply perabot.

Ahmad Sazilee: Nak jadikan rumah penginapan

Saksi: Itu tak ada masalah.

Saksi ke-71 Mohamed Husein Mohammad Annifah, 30, pekerja Pengurup Wang dan majikannya ialah Omar Ali.

Timbalan Pendakwa Raya Haris Ong Mohd. Jeffrey Ong meminta saksi membuat pengecaman Omar Ali.

Pada 7 Jun 2016 borang kiriman wang Hong Leong dicamkan oleh saksi
Bankers Cheque dicamkan saksi RM50,000.
Bankers Cheque kedua dirujuk
Itu sahaja soalan barisan pendakwa.

Pemeriksaan balas Datuk Ahmad Zaidi Zainal Abidin
Kewangan meminta saksi melihat sebelah kiri atas borang dan itu tulisan tangan saksi?

Saksi: Ya

Peguam: Kanan bukan tulisan tangan saksi

Saksi: Setuju

Peguam: Siapa isi?

Saksi: Pegawai bank

Peguam: Kenapa

Saksi: Tak tahu

Peguam: Tahu atau tidak Lewis&Co firma guaman

Saksi: Tak tahu

Peguam: Tahu atau tidak Lewis&Co pemegang amanah

Saksi: Tak tahu

Peguam: Ini menunjukkan transaksi direkod dalam sistem perbankan. Berdasarkan dokumen-dokumen ini tidak ada yang tersembunyi.

Saksi: Setuju

Peguam: Yang Arif tiada lagi soalan

Timbalan Pendakwa Raya mohon kepada mahkamah saksi dilepaskan dan dibebaskan.

“Ini sahaja saksi yang ada di pihak pendakwaan. Tarikh bicara mohon disahkan Yang Arif,” kata Timbalan Pendakwa Raya.

Kes perbicaraan Ahmad Zahid akan bersambung semula pada 3 Julai depan. – SM

(Visited 214 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button