Nasionalpilihan

Senator Zurainah dilantik sebagai Pengerusi FINAS baharu

MENTERI Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa mengumumkan perlantikan Senator Datuk Seri Hajah Zurainah Musa sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa hari ini sehingga 9 Jun 2024. Pelantikan YB Senator Datuk Seri Hajah Zurainah ini adalah bagi menggantikan YBhg En Zakaria Abdul Hamid yang telah tamat perkhidmatan pada 22 Mei lalu.

Pelantikan ini selaras dengan Seksyen 4(1) Akta 244 – Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Pindaan 2013) bagi maksud melaksanakan fungsi-fungsi sepertimana yang diperuntukkan di bawah Akta tersebut..

YB Senator Datuk Seri Hajah Zurainah, selain Ahli Dewan Negara, juga merupakan ahli Majlis Tindakan Ekonomi Negara, Ahli Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN), Pengarah Eksekutif Berjaya Corporation Berhad dan mengetuai Jabatan Hubungan Strategik Berjaya Corporation serta menjadi pengarah kepada sejumlah anak syarikat Berjaya Assets Berhad. Beliau juga merupakan pengarah di dalam Kumpulan UZMA dan turut aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Ahli Lembaga Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) dan Penasihat Persatuan Ibu Tunggal, Warga Emas dan OKU (PRIMAS).

Annuar juga berkata “Saya yakin pelantikan YB Senator Datuk Seri Hajah Zurainah yang mempunyai pengalaman luas dalam pelbagai bidang boleh membawa nafas dan iltizam baharu bagi membantu perkembangan industri perfileman dan kreatif di negara ini.

“Saya juga percaya pemegang taruh industri perfileman dan kreatif juga akan terus memberikan sokongan kepada pelbagai inisiatif dan usaha yang bakal diketengahkan oleh Kerajaan melalui FINAS yang bermatlamatkan untuk memberi manfaat dan kesejahteraan kepada Keluarga Malaysia, bukan sahaja di peringkat tempatan malahan di peringkat antarabangsa,” katanya lagi dalam kenyataan, hari ini. – SM

Artikel berkaitan > Mohamad Salim Fateh Din dilantik Pengerusi Interim SKMM baharu

 

(Visited 602 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button