Nasionalpilihan

OKU hilang kerja dan tiada kerja terima bantuan RM500 selama tiga bulan

Golongan kurang upaya yang telah kehilangan pekerjaaan atau ketiadaan kerja dan bukan penerima bantuan Elaun Pekerja Cacat sedia ada akan menerima bantuan RM500.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan bersetuju untuk memberikan bantuan kewangan RM500 seorang untuk tempoh tiga bulan.

“Untuk itu, RM30juta diperuntukkan bagi memanfaatkan seramai 20,000 ribu orang OKU,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang Pengumuman Khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi hari ini.

Menurutnya, kerajaan juga akan melaksanakan Program Jaringan Inisiatif Umum atau JITU bagi tujuan menyediakan bantuan asas modal perniagaan dan membimbing golongan OKU dan gelandangan dalam perniagaan.

“Sejumlah RM20 juta diperuntukkan untuk tujuan ini dan dijangka dapat memberi manfaat kepada
lebih 40,000 individu,” katanya. -SM

(Visited 623 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button