Nasional

Pelarian Rohingya lari dari depot tahanan, enam maut kena langgar di lebuh raya

KIRA-KIRA 528 tahanan Rohingya melarikan diri dari depot tahanan sementara Imigresen dia Relau, Bandar Baharu, Kedah, awal pagi ini dengan enam daripada mereka maut akibat dirempuh sebuah kereta kereta mereka cuba melintas lebuh raya utara selatan berhampiran Sungai Bakap.

Keenam-enam mangsa yang terdiri daripada dua lelaki, dua wanita dan dua kanak-kanak dirempuh serentak oleh sebuah kereta.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, tahanan memecahkan pintu dan gril di pusat itu sebelum melarikan diri secara berkumpulan sekitar pukul 4.30 pagi.

Bagaimana pun pihak berkuasa berjaya menangkap semula 362 tahanan.

Ketua Polis Pulau Pinang,  Mohd Shuhaily Mohd Zain pula memberitahu, enam daripada tahanan terbabit maut dalam kemalangan ketika cuba menyeberangi lebuh raya berhampiran dalam usaha melarikan diri daripada pihak berkuasa.

Kejadian berlaku pada pukul 6.50 pagi.

“Mereka yang terbunuh adalah dua lelaki, dua wanita, seorang kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki,” katanya kepada pemberita.

Beliau memberitahu, tahanan itu turut ditangkap oleh penduduk tempatan selepas mereka dilihat berjalan di sepanjang bahu jalan kerana tidak berani melintas. – SM

(Visited 850 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button