Nasional

Pelantikan Ismail Sabri sebagai TPM amat tepat – Pas

PARTI Pas menyifatkan pelantikan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dianggap sebagai Timbalan Perdana Menteri sebagai amat tepat.

Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Pas yakin pelantikan Ismail Sabri dapat membantu pentadbiran Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin dalam menguruskan negara.

Ini terutama bagi menjayakan Pelan Pemulihan Negara yang masih lagi berdepan dengan pandemik Covid-19.

“YB Presiden Pas dan seluruh kepimpinan serta ahli-ahli Pas mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di atas perlantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

“PAS yakin perlantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah amat tepat berdasarkan pengalaman beliau sebagai seorang Menteri dan Menteri Kanan serta merupakan pemimpin UMNO paling kanan dalam kabinet Kerajaan Perikatan Nasional,” katanya.

PAS turut mengucapkan tahniah kepada Menteri Luar Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang turut dilantik sebagai Menteri Kanan.

Beliau yang juga merupakan anggota kanan dalam Kerajaan sebelum ini diyakini mampu berganding tenaga dengan semua Anggota Kabinet yang lain ke arah membawa Malaysia lebih dihormati di peringkat antarangsa.-SM

(Visited 141 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button