Nasional

Kes sekumpulan penumpang tak dibenarkan menaiki pesawat di KLIA

Mereka kerana tidak mohon kebenaran imigresen

KES sekumpulan penumpang tidak dibenarkan menaiki pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kelmarin (Sabtu 12 September) adalah disebabkan mereka tidak membuat permohonan ke luar negara dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, penumpang yang terlibat didapati mempunyai rekod pergerakan masuk ke Malaysia dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

“Mereka yang ditahan ketika berada di balai berlepas melibatkan individu rakyat Malaysia pemegang pas pemastautin tetap (PR) luar negara atau mereka yang bekerja di luar negara yang pulang dalam tempoh PKP dan ingin pergi semula ke luar negara,” katanya, hari ini.

Beliau berkata, ada dalam kalangan penumpang berkenaan baharu pulang ke Malaysia dalam tempoh sebulan lepas dan ingin terbang semula ke keluar negara atas alasan bekerja.

“Oleh itu, individu yang hendak ke luar negara, wajib memohon kelulusan daripada pihak imigresen dahulu,” katanya.

Beliau turut menambah, syarat ini bertujuan mengelak rakyat Malaysia yang bekerja atau menetap di luar negara daripada keluar – masuk Malaysia sesuka hati ketika negara masih berdepan dengan penularan wabak Covid-19.

Pada 12 September lalu, Jabatan Imigresen mengumumkan garis panduan dan syarat terbaharu bagi rakyat Malaysia yang ingin keluar dan masuk ke dalam negara sehingga berakhirnya tempoh PKP Pemulihan (PKPP), 31 Disember ini.

Garis panduan itu memaklumkan beberapa kategori terlibat dalam garis panduan itu, antara anya golongan yang tidak perlu memohon kelulusan, perlu memohon kelulusan dan tidak dibenarkan keluar negara serta prosedur untuk masuk semula ke Malaysia.

Media sebelum ini melaporkan terdapat sekumpulan rakyat tempatan terkandas di KLIA pada Sabtu lepas kerana tidak dibenarkan ke luar negara walaupun mendakwa diri mereka tergolong dalam kumpulan yang dibenarkan ke luar negara tanpa memohon kelulusan berdasarkan garis panduan terbaharu itu.  – SM

 

(Visited 139 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button