Nasional

Haiwan peliharaan bukan penyebar COVID-19

HAIWAN peliharaan bukan penyebar virus COVID-19, itu penjelasan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar menjelaskan

Oleh demikian, masyarakat Malaysia tidak perlu khuatir, malah tidak perlu menjalankan ujian pengesanan virus terhadap haiwan kesayangan mereka.

“Berasaskan penemuan saintifik semasa, walaupun haiwan kesayangan boleh dijangkiti COVID-19 namun ia tidak berbahaya kerana virus ini menyebabkan jangkitan yang ringan pada haiwan itu.

“Virus yang ada pada manusia berada dalam jumlah yang rendah untuk disebarkan kepada manusia,” kata jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Jabatan Veterinar berkata, jangkitan COVID-19 pada manusia amat tinggi tetapi kes berkaitan haiwan kesayangan terpencil kerana ia didapati tidak boleh dijangkiti secara semula jadi.

“Sehingga kini, punca jangkitan pada haiwan adalah daripada manusia.

“Sehubungan itu, jabatan menasihati pemilik haiwan yang mengesyaki dirinya berjangkit COVID-19 perlu mengasingkan diri daripada haiwan kesayangan untuk mengelakkan ‘in contact’. Mereka juga perlu mengamalkan kebersihan diri dan keperluan kebajikan haiwan tidak diabaikan,” katanya.

Dalam kenyataan itu Jabatan Perkhidmatan Veterinar turut berkongsi petikan kenyataan Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE) yang dikeluarkan April lalu iaitu mengenai jangkitan COVID-19 terhadap dua ekor anjing di China.

“Pihak Perkhidmatan Veterinar Hong Kong melaporkan kepada OIE berhubung penemuan dua ekor anjing yang dijangkiti COVID-19 ekoran pendedahan daripada pemiliknya yang sakit akibat virus itu dan ujian yang dilakukan menunjukkan wujud genetik virus berkenaan.

“Anjing berkenaan bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang tanda klinikal penyakit itu. Tiada bukti bahawa anjing berkenaan memainkan peranan dalam menyebarkan wabak ini dan kajian lanjut sedang dilakukan untuk memahamai jika dan bagaimana haiwan lain akan mendapat kesan jangkitan COVID-19,” katanya.

(Visited 674 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button