NasionalPolitik

Surat pembubaran DUN bagi Pahang, Perlis dan Perak diterima

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan bahawa telah menerima surat pemakluman berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Yang ke-14 bagi tiga negeri iaitu Pahang, Perlis dan Perak.

Ikmalrudin dalam satu kenyataan hari ini berkata, SPR menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran Dun Pahang dan Perlis pada 14 Okt manakala Perak 17 Okt daripada Speaker negeri masing-masing.

“Sehubungan itu, penetapan tarikh-tarikh penting pilihan raya bagi ketiga-tiga negeri ini akan dibincangkan serentak dalam Mesyuarat Khas SPR yang akan diadakan pada 20 Oktober ini,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen Ke-14 pada 10 Okt lepas setelah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong untuk memberi laluan kepada PRU15.

(Visited 83 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button