Hiburan

Pelantikan A Aida sebagai Ahli Lembaga Pengarah Finas satu tindakan bijak untuk industri!

PERBADANAN Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) hari ini mengumumkan pelantikan penerbit Datuk A Aida sebagai Ahli Lembaga Pengarah berkuatkuasa 15 Jun 2022 sehingga 14 Jun 2024.

A Aida ketika dihubungi berkata, dia berharap dapat mengalas tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik mungkin.

“Ketika dihubungi Finas baru-baru ini saya akui terkejut kerana pelantikan ini adalah satu amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan telus.

“Sebagai penggiat seni dan penerbit sudah tentu saya mengharapkan satu perubahan yang lebih baik untuk industri seni kreatif tanah air.

“Malah pelbagai isu industri seni yang ingin saya bangkitkan di Finas. Saya berharap dengan pelantikan ini dapat memberi akses untuk saya membantu penggiat seni yang selama ini berjuang untuk memartabatkan industri kreatif,” katanya.


Menurut A Aida, dia bersedia untuk mendengar segala permasalahan berkaitan industri kreatif untuk diperhalusi Finas.

“Saya pegang jawatan ini bukan untuk mengejar glamor atau pangkat, sebaliknya saya nak bantu industri hiburan terutama dunia filem dan drama untuk maju ke depan sehingga ke peringkat global.

“Namun untuk sampai ke tahap itu, saya bersedia mendengar apa saja masalah yang berlaku untuk diperbincangkan agar mendapat satu solusi terbaik.

“Selama memegang jawatan sebagai Naib Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) pun saya sudah terima banyak aduan daripada penerbit, jadi saya akan cuba selesaikan satu per satu,” katanya.

(Visited 84 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button